
ISRAEL MUST BE SANCTIONED – KILLINGS OF MEDIA WORKERS IS STRONGLY CONDEMNED
January 12, 2025Genocide Memorial Day – Ceasefire in Gaza Must Be Implemented Fully, and the War Must End.
January 19, 2025Kenyataan Media (9 Januari 2025)
Kami menggesa semua pihak berkaitan supaya menjadikan isu ekonomi rakyat fokus utama tanpa menyebelahi sebarang ideologi politik.
Ini kerana sudah terlalu kerap isu politik yang telah dimainkan dan pada masa sama rakyat pula sedang bergelut dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat daripada kenaikan kos sara hidup dan hutang isi rumah.
Masalah-masalah sebegini telah menyumbang kepada meningkatnya pengisytiharan bankrap dan sekaligus menyumbang kepada pelbagai masalah sosial dalam negara ini.
Malah, terdapat banyak kes yang mana individu menghadapi gangguan mental akibat dibelenggu pelbagai hutang.
Namun begitu, isu sebegini seolah-olah telah dialihkan dengan sentimen politik yang hanya memburukkan lagi keadaan rakyat dan tidak seharusnya perkara sebegini terus berlaku.
MAPIM tidak menafikan kerajaan Madani melakukan yang terbaik dalam membantu rakyat Palestin tetapi ini tidak bermakna isu ekonomi rakyat perlu diketepikan.
Maka, kami menasihatkan semua pihak berkaitan supaya mengutamakan isu ekonomi rakyat dan tidak lagi bermain sentimen politik demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara ini.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Datoβ Seri Ahmad Awang
Chairman Alliance for World Mosque MANAR
Dato’ Wira (Dr.) Abdul Ghani Samsudin
Chairman Secretariate for Ulama Assembly of Asia.(SHURA)