Genocide Memorial Day – Ceasefire in Gaza Must Be Implemented Fully, and the War Must End.
January 19, 2025Ceasefire in Gaza Overshadowed by Escalation in the West Bank
January 22, 2025Kenyataan Media(20 Januari 2025)
Kami menggesa kesemua pihak yang terlibat dalam sistem kewangan untuk lebih membantu rakyat dalam menyelesaikan kemelut kewangan dan bukannya sebaliknya.
Baru-baru ini, media Berita Harian melaporkan Bank Islam memperkenalkan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth, khusus untuk pelanggan mewah menerusi jemputan eksklusif, menawarkan gabungan keistimewaan dan manfaat kompetitif.
Bukan itu sahaja, malah terdapat satu lagi laporan media mengenai Bank Rakyat melancarkan kad kredit patuh syariah untuk orang-orang muda.
Tindakan sebegini adalah amat tidak wajar memandangkan sudah terlalu ramai individu yang sudah pun terbeban dengan hutang sedia ada.
Ramai rakyat negara ini telah pun merana akibat daripada bebanan hutang yang tinggi akibat daripada pelbagai pinjaman kewangan yang ditawarkan sama ada daripada bank konvensional mahupun Islamik.
Jika perkara sebegini dibiarkan maka ianya berpotensi menyebabkan berlakunya krisis kewangan yang amat berbahaya dan majoriti rakyat biasa juga perlu membayar harga yang tidak sewajarnya.
MAPIM tidak menafikan bahawa masih terdapat sesetengah individu yang dapat membayar kad kredit tepat pada masanya dalam apa pun keadaan tetapi ini tidak bermakna bahawa amalan hutang perlu terus digalakkan dalam negara ini.
Perlunya orang ramai mengetahui bahawa hutang menjadi senjata utama yang digunakan oleh rejim Zionis dengan jayanya dalam menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah secara halus dan pada masa sama merampas tanah Palestin dari empayar Islam tersebut.
Bahkan, majoriti rakyat Malaysia yang bersama-sama perjuangan rakyat Palestin juga terpaksa menghadapi penjajahan berbentuk hutang tanpa henti.
Oleh sebab itu, kami menggesa kerajaan Madani untuk tidak membiarkan penderitaan rakyat negara ini tidak dijadikan peluang untuk membuat keuntungan dan berusaha membuat reformasi kewangan ke arah sistem yang lebih adil.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM