Ceasefire in Gaza Overshadowed by Escalation in the West Bank
January 22, 2025Trump Against the World with His Controversial Executive Orders
January 29, 2025Kenyataan Media (23 Januari 2025)
Kami menggesa pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan kewangan negara supaya bukan sahaja membantu rakyat daripada bankrap tetapi juga memperkasakan lagi pendidikan kewangan yang tidak mengajar ‘gali lubang untuk tutup lubang’ yakni menutup hutang dengan menambah lagi hutang.
Baru-baru ini, terdapat laporan daripada media Vocket yang menunjukkan lebih 15,000 rakyat Malaysia jatuh muflis kerana pinjaman peribadi.
Dalam laporan tersebut, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menyatakan sebanyak 133,884 kes muflis dikendalikan jabatan itu sejak penubuhannya, 31,387 daripadanya berlaku dari Januari 2020 hingga Disember 2024.
Secara keseluruhan, Selangor mencatatkan kes muflis paling banyak iaitu dengan catatan 23,352 kes, diikuti Johor Bahru (18,371 kes) dan Wilayah Persekutuan (18,191 kes). Merangkumi 5 negeri teratas ialah Pulau Pinang (15,607 kes) dan Perak (9,500 kes).
Menurut MdI lagi, Orang Melayu membentuk peratusan insolvensi tertinggi sejak 2020 dengan 18,161 kes (57.86%), diikuti Cina dengan 8,227 kes (26.21%) dan India dengan 2,338 kes (7.45%).
Perkara sebegini merupakan sesuatu yang amat membimbangkan kerana ianya benar-benar menunjukkan bahawa terdapat kecacatan dalam sistem kewangan negara itu sendiri.
MAPIM tidak menafikan bahawa perkara sebegini berpunca daripada kelemahan pengurusan kewangan peminjam itu sendiri tetapi bukan hanya mereka sahaja yang perlu dipersalahkan.
Malah, industri-industri hutang termasuklah yang kononnya patuh syariah juga menyumbang kepada masalah bankrap ini kerana sering mengambil kesempatan dengan membuat keuntungan daripada apa pun pinjaman yang diberikan.
Jika perkara sebegini terus dibiarkan maka ianya bukan sekadar mengurangkan produktiviti dan keadaan sosial tetapi juga merosakkan ekonomi negara ini secara perlahan-lahan.
Kami bukan sahaja bimbang dengan isu antarabangsa tetapi juga terhadap rakyat di negara ini yang terpaksa menghadapi penjajahan berbentuk hutang.
Oleh sebab itu, perlunya kita menggerakkan semula pengembalian sistem ekonomi Islam yang sebenar iaitu bukan lagi berasaskan hutang tetapi sebaliknya berbentuk ekuiti dan waqaf tanpa henti walaupun dilakukan secara kecil-kecilan.
Maka, kerajaan Madani juga perlu mengambil maklum mengenai isu sebegini supaya dapat menyelesaikan kemelut ekonomi rakyat secara sistematik dan pada masa sama bersolidariti bersama-sama rakyat Palestin.
Isu muflis atau kebankrapan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah satu masalah yang memerlukan pendekatan menyeluruh daripada pihak kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk menangani isu ini:
Kami menyarankan :
1.Pendidikan Kewangan dan Kempen Kesedaran. Kewangan menyediakan program pendidikan kewangan yang komprehensif kepada rakyat, terutamanya golongan muda, untuk membantu mereka menguruskan kewangan peribadi dengan lebih baik.
●Subjek Kewangan di Sekolah:
Memperkenalkan subjek pengurusan kewangan dalam kurikulum sekolah bagi melahirkan generasi yang celik kewangan.
● Reformasi Dasar Pinjaman
- Penilaian Ketat Terhadap Pinjaman: Memastikan institusi kewangan melaksanakan penilaian yang lebih ketat sebelum meluluskan pinjaman bagi mengelakkan pemberian pinjaman yang berisiko tinggi.
● Skim Pembiayaan Berhemah.
Memperkenalkan skim pinjaman dengan kadar faedah rendah atau tanpa faedah untuk golongan yang memerlukan.
.3.Penstrukturan Hutang
- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK):
Menggalakkan rakyat mendapatkan bantuan AKPK untuk penstrukturan semula hutang dan perancangan kewangan.
- Insentif Penyelesaian Hutang: Memberikan insentif kepada individu yang berusaha menyelesaikan hutang mereka dengan lebih awal, seperti rebat atau potongan faedah.
4.Perundangan dan Perlindungan
- Penambahbaikan Undang-Undang Kebankrapan
Menyemak semula undang-undang muflis supaya lebih memberi peluang kedua kepada individu yang terkesan, seperti membolehkan mereka memohon pembatalan muflis lebih awal jika memenuhi syarat.
- Pengecualian Pinjaman Pendidikan:
Menyediakan mekanisme khusus untuk menangani isu hutang pendidikan tanpa menjurus kepada kebankrapan.
5.Sokongan Kerajaan dan NGO
- Bantuan Kewangan untuk Golongan Rentan: Menyediakan skim bantuan kewangan dan subsidi untuk golongan B40 bagi mengurangkan beban kewangan.
- Program Keusahawanan:
Memperkasa golongan berisiko muflis melalui program latihan dan pembiayaan keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan mereka.
6.Digitalisasi dan Teknologi
- Aplikasi Pengurusan Kewangan: Membangunkan aplikasi mudah alih yang membantu rakyat memantau perbelanjaan, simpanan, dan pelaburan mereka.
- Amaran Awal Muflis Sistem teknologi yang memberikan amaran awal kepada individu apabila mereka menghampiri risiko muflis berdasarkan pola perbelanjaan mereka.
7.Penyelidikan dan Statistik
- Data dan Analisis: Mengumpul data yang lebih terperinci mengenai sebab-sebab muflis untuk merangka dasar yang lebih berkesan.
- Kolaborasi dengan Universiti
Melibatkan universiti dalam kajian berkaitan isu muflis dan impak sosialnya.
Langkah-langkah ini memerlukan kerjasama semua pihak untuk memastikan isu muflis dapat ditangani dengan efektif dan menyeluruh.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM