RESPONSE OF MAPIM, MANAR, AND SHURATO THE FATWA OF THE IJTIHAD AND FATWA COMMITTEE OF THE INTERNATIONAL UNION OF MUSLIM SCHOLARS ON THE ISSUE OF GAZA
April 6, 2025TRUMP’S TARIFF WAR
April 6, 2025Majlis Petundingan Pertubuhan Islam Malaysia
Space U8 , Eko Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor , Malaysia
azmiabdulhamid58@ gmail.com
…………………………………………
KENYATAAN MEDIA
6 April 2025
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Masjid Al Aqsa (MANAR), dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) menyambut baik dan menyokong penuh fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berhubung berlarutannya pencerobohan ke atas Gaza serta pelanggaran berterusan terhadap gencatan senjata.
Fatwa ini adalah satu panduan syar’ie yang tegas, jelas, dan amat relevan dalam konteks kezaliman yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin. Antara inti pati penting fatwa tersebut yang wajar menjadi pedoman umat Islam seluruh dunia ialah:
- Kewajipan berjihad dengan senjata terhadap penjajahan ke atas Palestin bagi setiap Muslim yang berkemampuan.
- Kewajipan campur tangan ketenteraan segera oleh negara-negara Arab dan Islam demi mempertahankan maruah umat.
- Kewajipan mengepung entiti Zionis dari darat, laut dan udara, termasuk menutup selat, pelabuhan dan ruang udara milik negara-negara Islam.
- Kewajipan menyokong perjuangan Palestin secara ketenteraan, kewangan, politik dan hak asasi.
- Penubuhan pakatan ketenteraan Islam demi melindungi umat dan menangkis pencerobohan musuh.
- Pengharaman menjalin hubungan normalisasi dengan entiti Zionis yang jelas merupakan penjajah dan penjenayah perang.
- Pengharaman membekalkan minyak dan gas kepada rejim Zionis yang sedang menggunakan sumber tersebut untuk memusnahkan rakyat Gaza.
- Keperluan menilai semula perjanjian damai antara beberapa negara Arab dengan entiti penjajah yang terbukti tidak berkesan.
- Kewajipan berjihad melalui harta (infaq) untuk membantu rakyat Gaza serta desakan membuka laluan sempadan tanpa halangan.
- Seruan kepada komuniti Muslim di Amerika Syarikat untuk menekan pentadbiran AS agar menghentikan sokongan terhadap pencerobohan dan memperjuangkan perdamaian yang adil.
MAPIM, MANAR dan SHURA menyeru seluruh umat Islam, khususnya negara-negara anggota OIC, NGO Islam, institusi keulamaan, dan masyarakat sivil agar bertindak secara bersatu dan bersepadu selaras dengan fatwa ini.
Ini adalah saat untuk kita menzahirkan solidariti yang sebenar – bukan hanya dengan doa dan kecaman, tetapi dengan tindakan yang bersifat strategik, berskala besar, dan berpaksikan tuntutan syar’ie.
Semoga Allah SWT membimbing dan memberi kekuatan kepada kita semua untuk berdiri bersama kebenaran dan keadilan.
MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden MAPIM
DATUK SERI SYEKH AHMAD AWANG
Pengerusi MANAR
DATO’ WIRA SYEKH DR ABDUL GHNAI SAMSUDIN
Pengerusi SHURA