URGENT INTERNATIONAL APPEALSEND MILITARY FORCES TO GAZA NOW!EXPEL ISRAELI OCCUPATION FORCES IMMEDIATELY!
April 30, 2025MAPIM FULLY SUPPORTS BRAZIL’S CALL FOR THE IMMEDIATE WITHDRAWAL OF ISRAELI OCCUPATION FORCES FROM GAZA
April 30, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
SIARAN MEDIA
30 April 2025
MAPIM SOKONG PENUH DESAKAN BRAZIL AGAR TENTERA PENJAJAH ISRAEL DIKELUARKAN SERTA-MERTA DARI GAZA
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terhadap desakan tegas Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira, yang menuntut pengunduran segera tentera rejim penjajah Israel dari Gaza dalam Persidangan Menteri-Menteri Luar BRICS di Rio de Janeiro.
Tindakan ini adalah satu langkah berani dan bermaruah dari sebuah kuasa dunia yang mula bangkit menolak hipokrasi antarabangsa dan pendirian berat sebelah yang terlalu lama melindungi kekejaman rejim Zionis. MAPIM menyifatkan pendirian Brazil ini sebagai suara keinsanan sejagat yang wajar dicontohi oleh semua negara.
Kenyataan Vieira bahawa “pengeboman Israel ke atas Gaza dan halangan terhadap bantuan kemanusiaan adalah tidak boleh diterima” menunjukkan bahawa dunia tidak lagi boleh berdiam diri terhadap jenayah perang yang dilakukan secara terang-terangan oleh Israel.
MAPIM turut menyambut baik gesaan Vieira agar:
- Tentera Israel dikeluarkan sepenuhnya dari Gaza;
- Semua tawanan dan tahanan dibebaskan; dan
- Bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk tanpa halangan.
MAPIM menegaskan bahawa pengunduran tentera Israel bukan sahaja satu keperluan politik tetapi satu keperluan moral dan kemanusiaan. Penjajahan ke atas Gaza mesti dihentikan serta-merta.
Kami menyeru kerajaan Malaysia dan negara-negara anggota OIC serta ASEAN untuk:
Menyokong secara rasmi desakan Brazil;
●Mengambil langkah proaktif dalam forum antarabangsa untuk mendesak pengunduran tentera Israel; dan
●Mengusulkan tindakan ketenteraan kolektif bagi mempertahankan rakyat Gaza sekiranya Israel terus enggan berundur.
Sudah terlalu lama rakyat Palestin dizalimi. Dunia tidak boleh lagi terus menjadi penonton kepada genosid.
Hidup Palestin! Bebaskan Gaza! Undurkan Tentera Israel Sekarang!
MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden MAPIM