MAPIM MEDIA GUIDE: Correct Language for Gaza Reporting*
April 29, 2025URGENT INTERNATIONAL APPEALSEND MILITARY FORCES TO GAZA NOW!EXPEL ISRAELI OCCUPATION FORCES IMMEDIATELY!
April 30, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
Saran Media
30hb April 2025
TENTERA DUNIA MESTI DIHANTAR SEGERA – TIADA JALAN LAIN SELAIN INTERVENSI TENTERA UNTUK NYAHTENTERA ISRAEL DARI GAZA
Dunia tidak lagi punya masa untuk berdiplomasi kosong atau sekadar mengutuk dari jauh. Israel bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, tetapi sedang melakukan genosid yang tersusun, dengan satu tujuan jelas: menghapuskan rakyat Palestin dari tanah mereka sendiri.
Apa yang sedang berlaku di Rafah adalah puncak kekejaman zionis – dan titik akhir kesabaran umat manusia. Ketika dunia masih membisu, tentera Israel meratakan sisa runtuhan Rafah – bukan untuk membina semula, tetapi untuk membina kem kurungan gergasi, yang menjadi sangkar hidup bagi rakyat Palestin yang terselamat dari pembunuhan.
Tiada Lagi Rundingan
●Segala perjanjian dan rundingan sebelum ini telah dikhianati dan dicabuli Israel:
●Gencatan senjata dilanggari berkali-kali.
●Konvoi bantuan disekat dan dibedil.
●Penempatan baru terus dibina.
●Wartawan dibunuh, hospital dibom, dan kanak-kanak dibakar hidup-hidup.
Rundingan dengan rejim zionis hanyalah memberi masa kepada mereka untuk membunuh lebih ramai.
Mengapa Intervensi Ketenteraan Wajib Sekarang
- Penghapusan Sistematik
Dengan lebih 50,000 dibunuh dan lebih 2 juta dikepung tanpa makanan, Gaza kini bukan medan perang, tapi pusat penyembelihan manusia.
Ini bukan konflik dua pihak bersenjata – ini adalah serangan sepihak ke atas orang awam yang tidak bersenjata. - Ancaman Kem Kurungan Massal di Rafah
Pelan membina “zon kemanusiaan” yang dikawal tentera zionis adalah helah untuk mewujudkan penjara terbuka berskala besar.
Penduduk bimbang akan dipaksa hidup di kawasan padang pasir tanpa akses dunia luar – ini adalah modenisasi sistem apartheid dan konsentrasi. - Kelaparan sebagai Senjata
Tiada makanan, tiada ubat, tiada bahan api.
Apabila rakyat Gaza hanya tinggal dengan rumpai liar, daun kering dan daging penyu – itu bukan kelaparan semula jadi, tetapi pembunuhan beramai-ramai yang disengajakan. - Tiada Lagi Kepercayaan kepada Israel atau Sekutu Barat
Amerika Syarikat, Britain, dan negara Eropah terus membekalkan senjata dan melindungi Israel dari sekatan antarabangsa.
Maka tiada lagi pilihan melainkan rakyat dunia mendesak negara-negara Islam, Afrika, Latin Amerika dan Asia agar menggerakkan tentera secara kolektif untuk menghentikan jenayah ini.
TUNTUTAN SEGERA
- Hantar Tentera Gabungan Dunia ke Gaza Sekarang!
Negara-negara anggota OIC, BRICS, ASEAN dan Kesatuan Afrika mesti bergabung membentuk Tentera Pelindung Awam Gaza untuk:
●Menyah tentera Israel dari wilayah Palestin.
● Menamatkan pengepungan dan membuka koridor bantuan kekal.
●Melindungi hospital, sekolah, dan kawasan penduduk awam.
- Isytiharkan Israel sebagai Entiti Penjenayah Antarabangsa
Mahkamah Jenayah Antarabangsa mesti mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan barisan militari Israel atas jenayah genosid.
- Tubuhkan Tribunal Antarabangsa Rakyat
Jika badan-badan PBB gagal, rakyat dunia harus mengadakan tribunal alternatif, dengan sokongan para ilmuwan, NGO, dan negara-negara berdaulat yang berani menyatakan kebenaran.
Sesungguhnya, jika dunia membiarkan Gaza musnah tanpa bertindak, itu adalah pengkhianatan terhadap seluruh prinsip kemanusiaan.
Intervensi ketenteraan bukan lagi pilihan, ia adalah kewajipan moral umat manusia.
Israel hanya akan faham bahasa kuasa, bukan air mata. Dan dunia kini tidak punya alasan untuk berdiam diri.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM