MODI MUST REMEMBER – MUCH OF THE VIOLENT PROVOCATION BEGAN FROM INDIA AGAINST KASHMIR
May 13, 2025NAKBAH 2025: 77 YEARS OF SUFFERING AND THE WORLD’S MISERABLE FAILURE TO ENFORCE INTERNATIONAL LAW AND UN RESOLUTIONS
May 13, 2025MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM)
Space U8, Eco Mall, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor
www.mapim.org.my | azmiabdulhamid58@gmail.com
……………………………………….
KENYATAAN TAKZIAH
13 Mei 2025
MAPIM RAKAM TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA 9 ANGGOTA PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU) YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DI TELUK INTAN
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) merakamkan ucapan takziah yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga 8 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya tragis di Teluk Intan baru-baru ini.
Kami menzahirkan rasa dukacita yang amat sangat atas kehilangan insan-insan yang telah menabur bakti kepada negara dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Pengorbanan mereka adalah satu pengabdian yang sangat mulia dan wajar dikenang dengan penuh penghormatan.
MAPIM mendoakan agar roh anggota yang terkorban dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada. Bagi yang masih dirawat, kami berdoa agar mereka segera sembuh dan diberikan kekuatan untuk pulih sepenuhnya.
Kami juga menyeru pihak berkuasa agar menyiasat punca kemalangan ini secara telus dan mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan para anggota keselamatan semasa menjalankan tugas dapat dipertingkatkan.
Semoga seluruh keluarga mangsa diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)