Massacre After Massacre in Gaza – From Worst to Unimaginable, While Arab Countries and the World Stand and Watch
May 28, 2025LAWATAN NETANYAHU KE TEROWONG BAWAH AL-AQSA ADALAH TINDAKAN PROVOKATIF BERBAHAYA – UMAT ISLAM SEDUNIA MESTI BERSATU MEMPERTAHANKAN AL-AQSA DENGAN SEGALA HARGA
May 30, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Space U8, Eco Mall, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
KENYATAAN MEDIA
28 Mei 2025
Seruan Supaya AIPA Dengar Suara Rakyat
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyambut baik gesaan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar wakil-wakil rakyat negara anggota ASEAN melalui Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) mendengar dan mengambil kira suara rakyat dalam menentukan hala tuju rantau ini.
Dalam ucapannya semasa ASEAN-AIPA Interface ke-14 yang bertemakan “Parlimen di Barisan Hadapan bagi Pertumbuhan Inklusif dan ASEAN yang Mampan”, Perdana Menteri menekankan bahawa AIPA perlu menjadi jambatan penting dalam merealisasikan aspirasi rakyat ASEAN — satu seruan yang amat relevan dan perlu diterjemahkan ke dalam kerangka dasar dan tindakan nyata.
MAPIM memandang serius keperluan agar suara rakyat benar-benar diangkat dalam pembuatan keputusan di peringkat serantau, dan bukannya hanya menjadi retorik dalam deklarasi rasmi. Suara masyarakat sivil, golongan tertindas, pekerja, petani, wanita, belia dan komuniti akar umbi mestilah diberi ruang dalam proses legislatif dan dasar ASEAN.
MAPIM menggesa agar AIPA:
- Mewujudkan Platform Perundingan Awam ASEAN yang membolehkan rakyat menyuarakan pandangan terhadap isu-isu seperti keadilan sosial, hak asasi, kemiskinan, penindasan minoriti dan pencemaran alam sekitar.
- Menjadikan prinsip keterangkuman dan ketelusan sebagai teras dalam setiap inisiatif parlimen serantau.
- Menolak campur tangan luar yang menggugat kedaulatan politik dan keutuhan komuniti di ASEAN, termasuk pengaruh kuasa besar yang memperalatkan dasar ekonomi dan keselamatan serantau.
- Memastikan solidariti serantau terhadap isu-isu kemanusiaan seperti Palestin, Rohingya, dan penindasan ke atas umat Islam di wilayah minoriti.
MAPIM percaya bahawa Parlimen dan Ahli Parlimen mesti menjadi suara nurani rakyat yang lantang membela keadilan, menolak hipokrasi dan memperjuangkan kesejahteraan bersama. Seruan Perdana Menteri ini seharusnya menjadi titik tolak kepada reformasi peranan AIPA sebagai institusi yang benar-benar mencerminkan mandat rakyat ASEAN.
Dikeluarkan oleh:
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia