MAPIM CONDEMNS ISRAEL’S DELIBERATE BLACKOUT OF GAZA“THE WORLD MUST NOT BE COMPLICIT IN THIS DIGITAL WAR CRIME”
June 16, 2025TAHNIAH ATAS KETEGASAN PMX – MENDOBRAK HIPOKRASI BARAT TERHADAP KEGANASAN ISRAEL MENYERANG IRAN
June 16, 2025Kenyataan Media
MAPIM KECAM PEMUTUSAN KOMUNIKASI DI GAZA OLEH ISRAEL – KEZALIMAN BERSIRI YANG DISENGAJAKAN
“DUNIA TIDAK BOLEH BERKOMPLIT DALAM JENAYAH PERANG DIGITAL INI”
Tarikh: 16 Jun 2025
Dikeluarkan oleh: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang sekali lagi memutuskan talian komunikasi dan internet di Gaza — kali ke-9 sejak serangan ganas dan genosid terhadap Gaza bermula.
Tindakan ini bukan kegagalan teknikal, tetapi adalah jenayah yang dirancang dan disengajakan, bertujuan untuk:
- Mengasingkan Gaza daripada dunia luar,
- Menyembunyikan jenayah perang dan pembunuhan besar-besaran,
- Menghalang usaha menyelamat, perubatan dan bantuan kemanusiaan,
- Dan membisukan jeritan rakyat Gaza yang dizalimi.
Ia adalah bentuk kekejaman moden menggunakan teknologi sebagai senjata untuk menyekat suara dan nyawa jutaan manusia yang tidak bersenjata.
MAPIM MENEGASKAN:
- Pemutusan komunikasi ini adalah pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melanggar Konvensyen Geneva Keempat.
- Rejim Zionis mesti dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh masyarakat antarabangsa.
- Amerika Syarikat dan sekutunya adalah bersubahat, kerana terus menyokong dan membiayai Israel walaupun jelas berlaku jenayah ke atas orang awam.
- Sikap membisu institusi antarabangsa dan negara-negara besar sangat memalukan dan tidak bermoral.
MAPIM MENUNTUT TINDAKAN SEGERA:
🔴 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), dan OIC wajib bertindak segera memulihkan semua perkhidmatan komunikasi dan internet di Gaza tanpa syarat.
🔴 Negara-negara Islam khususnya perlu menyuarakan bantahan secara terbuka terhadap sekatan digital ini serta mengenakan tekanan politik dan ekonomi ke atas Israel.
🔴 Media antarabangsa dan masyarakat sivil perlu membongkar jenayah ini dan menolak normalisasi kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.
Gaza bukan sahaja dibom – ia sedang dihapuskan.
Pemadaman komunikasi ini adalah strategi licik untuk menghilangkan saksi, menutup bukti dan melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam gelap tanpa rekod.
MAPIM menegaskan solidariti tidak berbelah bahagi kepada rakyat Gaza dan Palestin. Kami menyeru semua organisasi kemanusiaan, gerakan Islam, mahasiswa dan rakyat berjiwa merdeka di seluruh dunia untuk bangkit:
“Saat dunia membisu, kita mesti bersuara.
Bila Gaza dibisukan, kita mesti menjerit lebih kuat.”
Dikeluarkan oleh:
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
📧 azmiabdulhamid58@gmail.com
📍 Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor – Malaysia
🌐 www.mapim.org.my