PALESTINIANS IN GAZA HAVE STOOD THEIR GROUND FOR 22 MONTHS — WHY ARE THEY STILL BEING FORCED TO LEAVE ?
July 8, 2025MALAYSIA’S FOREIGN POLICY MUST REFLECT ITS MORAL COMMITMENT TO PALESTINE AND DENOUNCE U.S. COMPLICITY IN ISRAEL’S GENOCIDE
July 13, 2025MALAYSIAN CONSULTATIVE COUNCIL OF ISLAMIC ORGANIZATIONS President’s Office , Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor , Malaysia azmiabdulhamid58@gmail.com
…………………………………………
Kadar Dasar Semalaman (OPR) amat perlu diistilahkan sebagai “Kadar Riba Negara”!
Kenyataan Media Rasmi MAPIM
Sudah tiba masanya untuk rakyat mempelajari hakikat sebenar turun naiknya Kadar Dasar Semalaman (OPR) memandangkan ianya merupakan satu daripada subjek yang amat penting.
Pada hari Rabu iaitu 9 Julai 2025, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan OPR diturunkan daripada paras semasa 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Isnin yang lalu.
Menurut portal Berita Harian, polisi tersebut adalah bagi menyokong momentum pertumbuhan ekonomi negara yang kini dilihat sederhana dengan tekanan inflasi yang terus mereda.
Tidak dinafikan beberapa pihak bergembira dengan pengumuman tersebut tetapi MAPIM berani jamin bahawa sesungguhnya turun naiknya OPR tidak sesekali pun mengubah keadaan orang ramai yang terjejas dengan penurunan kuasa beli matawang itu sendiri.
Ini kerana OPR hanya menggalakkan orang ramai untuk terus mengambil pinjaman semata-mata yang sudah tentu dikenakan tambahan yang turut dipanggil sebagai kadar faedah (interest rate).
Seharusnya apa yang orang ramai perlu beri perhatian ialah ke mana wang pinjaman/pembiayaan dihalakan oleh bank iaitu sama ada kepada ekonomi sebenar atau kepada pinjaman serta sektor peribadi kerana apa yang lebih penting ialah kesan kepada ekonomi itu sendiri, bukannya sekadar turun naik OPR.
Dengan lain kata, OPR hanyalah ukuran untuk kadar faedah pinjaman semata-mata yang mana jika ianya turun maka kadar faedah rendah dan begitu juga sebaliknya.
Pengerusi Gerakan Keadilan Monetori Malaysia Muhammad Zahid Abdul Aziz menggelarkan OPR sebagai “Kadar Riba Negara” yang mana fakta tersebut tidak boleh disangkal.
Ini kerana beliau sendiri yang berpengalaman amat luas dalam sistem perbankan negara tanpa henti menyatakan turun naik OPR masih tidak akan dapat menyelesaikan himpitan inflasi selagi wang tidak lebih dihalakan sektor bank kepada ekonomi sebenar.
Tambah beliau lagi, pengaliran wang ke ekonomi sebenar bukan sahaja dapat menurunkan inflasi tetapi juga meningkat output ekonomi dan mencipta kerja kepada anak muda dan graduan negara.
MAPIM sendiri dapat melihat bahawa sekalipun OPR turun, hakikatnya ramai penghutang bank sama ada konvensional mahupun dilabel ‘Islamik’ tetap menghadapi kesukaran untuk membayar balik pinjaman mereka secara keseluruhan.
Ramai yang terlepas pandang bahawa penghutang masih perlu membayar apa yang dikenali sebagai faedah berganda (compounding interest) walaupun ada yang gajinya sudah dinaikkan.
Maka, pengumuman BNM mengenai turun naik OPR tetap tidak mengubah hakikat bahawa keadaan peminjam yang terus menanggung bebanan demi bebanan.
Sudah tentu individu yang terbukti bayar pinjaman kad kredit tepat pada masanya tanpa apa pun tambahan tidak akan terjejas tetapi dilabel pelanggan tidak berguna pula (credit card deadbeat) walhal dalam Islam orang sebegini yang amat dipuji.
Tambahan pula, penurunan OPR tetap tidak dapat menurunkan harga-harga barangan keperluan sedia ada kerana inflasi dalam negara ini akan terus berlaku sama ada cepat mahupun perlahan.
Oleh sebab itu, MAPIM cenderung kepada istilah OPR sebagai ukuran kepada ‘Kadar Riba Negara’ yang perlu diguna dalam wacana ekonomi negara.
Ini bertujuan supaya lebih ramai rakyat Malaysia untuk tidak lagi ditipu dengan istilah-istilah (jargon) ekonomi yang hanya boleh difahami oleh segelintir pihak semata-mata.
Jika ditanya berapa kadar OPR yang terbaik untuk negara ini, maka sudah tentulah jawapannya ialah 0% memandangkan ekonomi tanpa riba yang membawa kepada keberkatan.
Sistem kewangan sebegitulah yang membina semula ekonomi Islam yang sebenar secara kecil-kecilan dan sekaligus dapat menyebabkan pihak Zionis Israel tidak dapat tidur dengan lena.
MAPIM amat percaya perkara tersebut masih dapat dilakukan tetapi satu daripada syarat utamanya ialah semakin banyak individu bersifat amanah iaitu hanya mengambil dan membayar semula pinjaman tepat pada masanya tanpa apa pun tambahan.
Satu lagi syarat yang amat penting pula ialah cerdik pandai Muslim Malaysia itu sendiri bangun mencipta ekonomi Madani yang tidak lagi berpaksi riba tetapi sebaliknya berpaksi ekuiti Mudarabah dan Musyarakah seperti pernah diamalkan pada zaman silam kegemilangan Madinah.
Dengan lain kata, Ekonomi Madani harus dipandu ekuiti dan bukan lagi berasaskan hutang riba serta jauh sekali mengagungkan larangan riba yang ditentang dalam ayat 279 Surah Al Baqarah.
Sesungguhnya sifat sebegini yang sebenarnya ditunjukkan oleh Rasulullah SAW tidak terikat dengan zaman dan apabila lebih ramai mengikut sunnah tersebut sedikit sebanyak dapat memaksa reformasi kewangan ke arah ekonomi yang adil.
Kaedah sebegini dapat dijadikan sebagai solidariti bersama-sama rakyat Palestin dalam mencapai bukan sahaja kemerdekaan militari ( military freedom) bahkan penjajahan ekonomi dan pada masa yang sama membela ekonomi rakyat Malaysia.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM