Military Intervention is Now Inevitable – The Global Majority of Nations Must Act to Prevent Catastrophe in Gaza
August 23, 202521 NATIONS CONDEMN ISRAEL’S ILLEGAL SETTLEMENTS – NOT ENOUGH! TOTAL SANCTIONS MUST BE IMPOSED IMMEDIATELY!
August 23, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
KENYATAAN MEDIA
23 Ogos 2025
21 NEGARA MENGECAM PENEMPATAN HARAM ISRAEL – TIDAK MENCUKUPI! SEKATAN TOTAL MESTI DIKENAKAN SEGERA!
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menegaskan dengan sekeras-kerasnya bahawa kecaman 21 negara terhadap rancangan Israel memperluas penempatan haram di Tebing Barat hanyalah satu respon separuh masak yang tidak membawa sebarang makna kepada rakyat Palestin yang terus dizalimi setiap hari.
Israel bukan sahaja sedang merancang, tetapi sudah lebih 78 tahun menjajah, merampas tanah, merobohkan rumah, membunuh, dan mengusir rakyat Palestin dengan penuh kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Kami menegaskan – kecaman semata-mata adalah sia-sia! Dunia sudah muak dengan kenyataan kosong yang tidak diikuti dengan tindakan tegas.
➡️ Israel mesti dikenakan sekatan penuh – ekonomi, diplomatik, ketenteraan, dan politik – sehingga rejim apartheid ini lumpuh.
➡️ Syarikat-syarikat yang terlibat dengan penempatan haram mesti diboikot dan diharamkan daripada beroperasi di negara-negara yang kononnya prihatin.
➡️ Negara-negara yang masih berurusan dengan Israel adalah bersubahat dengan jenayah perang!
Kami mengingatkan – sejarah akan menghukum negara-negara yang hanya berdiam diri atau berpura-pura peduli tanpa sebarang tindakan nyata. Palestin tidak memerlukan simpati kosong, Palestin memerlukan tindakan berani dan konkrit untuk menghentikan pencerobohan dan apartheid Israel.
MAPIM menyeru negara-negara Islam OIC , BRICS , NAM , ASEAN, dan seluruh dunia bebas untuk:
- Menggubal sekatan ekonomi menyeluruh ke atas Israel.
- Menggantung sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Zionis.
- Mendukung usaha pengantaran flotilla kemanusiaan antarabangsa memecahkan kepungan Gaza.
Kami ulangi – Israel hanya faham bahasa tekanan dan kekuatan. Selagi dunia hanya mengecam tanpa bertindak, selagi itu Israel akan terus menjarah dan membunuh tanpa rasa takut.
Cukup sudah dengan kecaman. Tiba masanya sekatan total dikenakan ke atas Israel.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
23 Ogos 2025