September 2, 2025
MAPIM CALLS FOR ASEAN HUMANITARIAN RELIEF FOR AFGHANISTAN EARTHQUAKE
September 4, 2025KENYATAAN PRESIDEN MAPIM
4hb September 2025
- Komitmen MAPIM terhadap Isu Kemanusiaan.
MAPIM menegaskan komitmennya untuk terus memfokuskan kepada isu-isu kemanusiaan sejagat, khususnya berkaitan penindasan, genosid dan hak asasi manusia.Tumpuan utama MAPIM pada masa ini ialah isu Gaza yang menyaksikan pencabulan hak kemanusiaan paling nyata. Walau demikian, isu lain seperti Uyghur tetap berada dalam radar keprihatinan kami
dan dilihat sebagai sebahagian daripada agenda kemanusiaan global yang perlu diberi
perhatian. - Penyelidikan dan Pendekatan ASEAN
Dalam menangani isu Uyghur, MAPIM mengambil pendekatan melalui penyelidikan
mendalam serta naratif konstruktif yang selaras dengan semangat ASEAN – iaitu bersifat aman, bebas, dan berkecuali. Walaupun begitu, kami tetap berpegang bahawa prinsip hak asasi manusia adalah nilai sejagat yang tidak boleh diketepikan. Justeru, penelitian akan dilakukan dari pelbagai dimensi termasuk ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pembangunan
sosial, serta pembinaan ummah. - Pelantikan dan Jalinan Kerjasama.
Untuk memastikan pendekatan yang berimbang, MAPIM telah melantik Prof. Dr. Kamari Kasan bagi mengetuai usaha penyelidikan dan konsultasi mengenai isu Uyghur. Proses ini turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk Kedutaan China di Malaysia, sebagai usaha membina ruang dialog yang lebih terbuka, saling memahami, dan
berorientasikan penyelesaian. - Matlamat dan Prinsip MAPIM
MAPIM percaya bahawa sebarang isu kemanusiaan harus ditangani secara inklusif,
bersepadu, dan mampan dengan berlandaskan prinsip keamanan sejagat.
Usaha ini adalah
sebahagian daripada ikhtiar untuk memastikan bahawa penyelesaian yang dicapai bukan
sahaja adil, tetapi juga membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan bersama.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)