DECLARATION OF THE AL-AQSA FLOOD AND THE RISE OF THE UMMAH AND GLOBAL HUMANITY
October 7, 2025*ISRAEL MENANG DALAM PERANG, TETAPI KALAH DALAM PERTEMPURAN
October 7, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦
Kenyataan Media
SELAMAT PULANG PARA AKTIVIS GLOBAL SUMUD FLOTILLA (GSF)
PERJUANGAN KITA DITERUSKAN SEHINGGA PALESTIN MERDEKA! π΅πΈ
7hb Oktober 2025
Dengan penuh rasa syukur dan bangga, kami mengalu-alukan kepulangan para aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang telah menunaikan amanah besar β berlayar membawa suara nurani dunia untuk memecahkan kepungan kezaliman terhadap Gaza.
Perjalanan kalian bukan sekadar misi kemanusiaan, tetapi lambang keberanian umat yang tidak tunduk kepada penindasan. Dunia telah menyaksikan bahawa perjuangan ini tidak akan berhenti di lautan, tetapi akan diteruskan di setiap ruang kesedaran dan solidariti.
Kami dari MAPIM, MANAR, SHURA, PUM, dan GCBP mengucapkan tahniah dan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua aktivis yang terlibat dalam misi ini β atas semangat, pengorbanan, dan keikhlasan kalian membawa panji kemanusiaan dan kebebasan untuk rakyat Palestin.
βDan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.β
(Surah At-Taubah: 105)
Perjuangan ini belum selesai β tetapi semangat kalian telah menyalakan api kebangkitan umat.
Kita akan terus bersatu, menekan rejim Zionis, memperhebat kempen solidariti, dan memastikan dunia tidak lagi berpaling daripada penderitaan Gaza.
Dari lautan hingga ke daratan, perjuangan ini akan diteruskan β hingga Palestin merdeka dan Al-Aqsa dibebaskan!
SelamatPulangFlotilla #GSF #SolidaritiUntukPalestin #FreePalestine #BebaskanAlAqsa #UmmahUnite
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Presiden GCBP
Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang
Pengerusi MANAR
Dato Wira Ustaz Abdul Ghnai Samsudin
Pengerusi SHURA
Datuk wan Muhammad Syekh Abdul Aziz
Presiden PUM