A CALL FOR COURAGE, UNITY, AND DECISIVE ACTION
March 30, 2026IMMEDIATE ACTIONS ON THE CRITICAL STATUS OF AL-AQSA AND ISRAEL’S DEATH PENALTY LAW AGAINST PALESTINIAN DETAINEES
April 2, 2026Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
Kenyataan Media
2 hb April 2026
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengambil inisiatif strategik untuk menubuhkan sebuah pusat berteraskan ilmu dan inovasi iaitu:
MAPIM Institute for Science, Technology and Civilization (MISTAC)
Penubuhan ini lahir daripada kesedaran bahawa umat Islam dan negara memerlukan satu kerangka baharu yang mampu mengintegrasikan kemajuan sains dan teknologi dengan nilai kemanusiaan, etika dan peradaban.
TUJUAN PENUBUHAN
- Membina satu ekosistem ilmu yang menggabungkan sains, teknologi dan nilai peradaban
- Menyumbang kepada pembangunan negara melalui pendekatan berteraskan nilai dan kemanusiaan
- Mengangkat peranan umat Islam dalam bidang inovasi, penyelidikan dan teknologi masa depan
- Menjadi pusat pemikiran strategik dalam menangani cabaran global dan isu umat OBJEKTIF
- Menghasilkan kerangka dasar dan pemikiran strategik dalam bidang sains dan teknologi berteraskan nilai
- Membangunkan program penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi
- Melahirkan bakat saintis dan pemikir Muslim yang berdaya saing
- Menghubungkan dunia akademik, industri dan masyarakat dalam satu ekosistem kolaboratif
- Menjadi platform dialog antara sains, teknologi dan peradaban SASARAN UTAMA
●Saintis dan penyelidik pelbagai bidang
●Ahli akademik universiti
●Pembuat dasar dan agensi kerajaan
●Industri teknologi dan inovasi
●Generasi muda berbakat dalam STEM
●Institusi penyelidikan tempatan dan antarabangsa
PENGLIBATAN DAN KOLABORASI STRATEGIK
MAPIM akan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan kejayaan MISTAC, termasuk:
Kerjasama dengan
MobilityOne Sdn Bhd sebagai rakan strategik melalui inisiatif
Innovasi Road2Haramain R&D Center @ MRANTI
Peranan kolaborasi ini merangkumi:
●Pemerkasaan inovasi teknologi dan digitalisasi
●Pembangunan solusi berasaskan teknologi untuk aplikasi masa depan
●Sokongan kepada ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D)
●Integrasi teknologi pintar dalam pembangunan peradaban
●Penghubung antara sektor industri dan pusat pemikiran strategik
HALA TUJU STRATEGIK
MISTAC akan berperanan sebagai:
●Think Tank Nasional dan Antarabangsa
●Hab Inovasi dan Teknologi Berteraskan Nilai
●Platform Kolaborasi Pelbagai Disiplin
●Pusat Penghasilan Idea dan Polisi Masa Depan
PENUTUP
Penubuhan MISTAC merupakan satu langkah penting ke arah membina:
👉 Umat yang berilmu
👉 Masyarakat yang berteknologi
👉 Peradaban yang beretika
Ilmu tanpa nilai akan merosakkan.
Teknologi tanpa panduan akan menyesatkan.
Peradaban hanya akan bangkit apabila kedua-duanya disatukan.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

