Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr. Chandra Muzaffar atas pemergian beliau ke rahmatullah.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara, khususnya dalam kalangan masyarakat yang memperjuangkan keadilan, keamanan, kemanusiaan dan keharmonian sejagat.
Allahyarham dikenali sebagai seorang intelektual, pemikir dan tokoh masyarakat yang memberikan sumbangan besar melalui gagasan, penulisan dan perjuangan beliau dalam membela nilai kemanusiaan, keadilan sosial serta hubungan antara agama dan peradaban.
Keteguhan pendirian beliau dalam menyuarakan kebenaran, menentang penindasan dan memperjuangkan sebuah dunia yang lebih adil akan terus menjadi warisan pemikiran yang wajar dikenang dan diteladani.
Kami mendoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan yang amat dirasai ini.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.