NON-STOP MASSACRE IN GAZA – WHEN WILL THE WORLD ACT?
April 6, 2025MAPIM CALLS FOR EMERGENCY UNGA SESSION TO DEPLOY INTERNATIONAL PROTECTION FOR GAZA
April 8, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Space U8, Eco Mall, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
KENYATAAN MEDIA
Kuala Lumpur, 8 April 2025
MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) mengecam sekeras-kerasnya kenyataan terbaru oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang menyuarakan cadangan gila dan tidak berperikemanusiaan untuk “mengambil alih” Gaza dan memindahkan rakyat Palestin ke negara-negara lain – satu rancangan yang secara terang-terangan merupakan pembersihan etnik dan pelanggaran mutlak terhadap undang-undang antarabangsa.
Trump menyebut Gaza sebagai “lokasi hebat” yang “tiada siapa mahu tinggal di dalamnya” dan menyarankan pelucutan hak rakyat Palestin ke atas tanah air mereka yang sah, dengan mengusir mereka ke negara lain dan menggantikan wilayah tersebut dengan “zon kebebasan” yang dikawal oleh kuasa luar.
MAPIM menegaskan:
- Kenyataan Trump adalah rasis, tidak berperikemanusiaan dan berunsur jenayah terhadap kemanusiaan. Ia mencerminkan ideologi kolonial moden yang mewajarkan penjajahan dan pengusiran kejam ke atas rakyat asal tanah tersebut.
- Gaza bukan tanah kosong. Ia adalah tanah air lebih 2 juta rakyat Palestin yang hidup dalam penindasan dan sekatan kejam selama lebih 17 tahun. Mereka berhak mempertahankan tanah, maruah dan masa depan mereka.
- Cadangan ‘zon kebebasan’ yang disebut Trump adalah topeng kepada projek penjajahan baharu. Mengusir rakyat Palestin dari Gaza bukan sahaja satu bentuk pemusnahan identiti, tetapi juga satu jenayah genosid terancang.
- Trump tidak mempunyai mandat atau hak moral untuk mencadangkan penempatan tentera AS di wilayah Palestin. Ini mencabul kedaulatan rakyat Palestin dan memperkukuh hegemoni imperialis Amerika di Timur Tengah.
MAPIM menyeru:
- Rakyat Amerika dan masyarakat sivil dunia agar menolak ideologi kejam Trump yang menghina hak asasi manusia.
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar mengutuk cadangan ini secara rasmi sebagai satu bentuk ancaman kepada keamanan dan kestabilan global.
- Semua pemimpin dunia Islam untuk bersatu dan bertindak, bukan sekadar mengecam tetapi mendesak tindakan tegas di peringkat antarabangsa.
MAPIM tidak akan berdiam diri. Kami akan terus menggerakkan kempen solidariti antarabangsa, menuntut keadilan dan mempertahankan hak rakyat Palestin yang sah.
Dikeluarkan oleh:
Mohd Azmi Abdul Hamid
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
7 April 2025