MAPIM Applauds UK Legal Action Against Ex-British Soldiers for War Crimes in Gaza
April 17, 2025APA LAGI HARUS DITUNGGU — ISRAEL TIDAK BOLEH DIRUNDING LAGI!
April 18, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong. Shall Alam , Selangor, Malaysia
azmiabdulhamid58@ gmail.com
…………………………………………….
KENYATAAN MEDIA
17 April 2025
KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang menuduh lawatan Presiden China Xi Jinping ke negara-negara ASEAN sebagai cubaan untuk “menjatuhkan Amerika”.
Tuduhan tersebut disifatkan sebagai dangkal, bersifat provokatif, dan berunsur paranoia geopolitik yang tidak membantu kestabilan serantau. MAPIM menegaskan bahawa negara-negara ASEAN mempunyai kedaulatan dan hak untuk menjalinkan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan mana-mana negara demi kepentingan rakyat dan pembangunan wilayah.
“Lawatan Presiden Xi ke rantau ini tuduhan liar yang memecah-belahkan. ASEAN mesti berdiri sebagai blok yang bebas dan berdaulat,” tambah Azmi.
MAPIM turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk lebih fokus kepada isu kemanusiaan global seperti krisis di Gaza, kelaparan di Afghanistan, dan pelarian Rohingya—bukan terganggu oleh naratif kuasa yang mengalihkan perhatian dari penderitaan rakyat yang memerlukan.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM