“MUSLIMS MUST BE READY FOR ALL-OUT JIHAD MISSION”
April 23, 2025ALIANSI MASJID SEDUNIA MEMPERTAHANKAN AL-AQSA (MANAR)KEMPEN “GEMBLENG 6,800 MASJID UNTUK AL-AQSA” DIMULAKAN
April 24, 2025Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Al-Aqsa (MANAR)
@ Pejabat Presiden MAPIM
Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, Malaysia
…………………………………………
Kenyataan Media
24 April 2025
Sebagai Respons Terhadap Seruan Penjajah Israel Untuk Meletupkan Masjid Al-Aqsa
Sekretariat Malaysia, Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Al-Aqsa (MANAR) mengecam sekeras-kerasnya kenyataan hasutan yang dikeluarkan oleh pelampau penjajah Zionis Israel yang menyeru agar Masjid Al-Aqsa—tempat suci ketiga umat Islam—diletupkan. Hasutan keji ini bukan sekadar ancaman lisan, malah ia merupakan sebahagian daripada kempen berterusan dan terancang untuk mencemarkan, memecahbelahkan dan akhirnya memusnahkan Masjid Al-Aqsa.
Kenyataan ini merupakan satu pengisytiharan perang terhadap seluruh umat Islam. Ia membongkar wajah sebenar rejim kolonial penempatan Zionis—sebuah rejim yang dibina atas dasar apartheid, pembersihan etnik dan pemusnahan warisan suci Islam.
Kami dengan ini mengeluarkan seruan mendesak dan tegas:
- Al-Aqsa Adalah Garisan Merah
Sebarang serangan, pencemaran atau cubaan untuk memusnahkan Al-Aqsa adalah serangan langsung terhadap seluruh umat Islam. Ia menuntut tindak balas bukan sahaja dalam bentuk kenyataan, tetapi juga tindakan nyata. Rejim Zionis mesti tahu bahawa Al-Aqsa tidak akan sekali-kali diserahkan.
- Sudah Tiba Masanya Untuk Jihad Total Umat
Kami menyeru kepada mobilisasi menyeluruh—secara rohani, politik, ekonomi dan jika perlu, fizikal—demi mempertahankan Al-Aqsa dan membebaskan Palestin. Ini adalah fardhu ain ke atas setiap Muslim yang mampu. Rejim Zionis hanya memahami bahasa kekuatan—maka kita wajib membalasnya dengan kekuatan.
- Kami Menuntut Tindakan Segera:
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan kerajaan-kerajaan Islam mesti memecah keheningan dan mengisytiharkan perlindungan Al-Aqsa sebagai keutamaan darurat.
Angkatan tentera negara-negara Islam mesti bersiap siaga. Kecaman semata-mata tidak akan menggentarkan rejim Zionis.
Mobilisasi massa mesti dilancarkan di seluruh dunia Islam, menjadikan masjid, jalanan dan institusi sebagai benteng perlawanan dan solidariti.
Boikot ekonomi dan pelucutan pelaburan (divestment) mesti dipertingkatkan untuk melumpuhkan mesin perang Israel.
- Seruan Kepada Masjid dan Ulama Seluruh Dunia:
Kami menyeru agar setiap masjid, mimbar dan institusi pengajian Islam mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga untuk mempertahankan Al-Aqsa. Biar khutbah, doa dan kuliah bergema dengan seruan perlawanan dan pengingatan akan keutamaan Al-Aqsa dalam akidah kita.
- Kepada Rejim Penjajah Zionis:
Kamu tidak akan berjaya. Al-Aqsa bukan sahaja dijaga oleh batu dan tembok, tetapi oleh hati lebih 1.9 bilion umat Islam. Setiap kali kamu mengancamnya, kamu membangkitkan singa yang sedang tidur dalam kalangan umat. Ketahuilah: Kami akan datang. Dan kami telah bersedia.
Datuk Seri Syekh Ahmad Awang
Pengerusi MANAR
Mohd Azmi Abdul Hamid
Ketua MANAR
Sekretariat Malaysia
“Al-Aqsa Tidak Bersendirian – Umat Akan Bangkit”