WORLD MEDIA MUST NOT REMAIN SILENT ON THE KILLINGS OF JOURNALISTS IN GAZA
April 29, 2025MAPIM MEDIA GUIDE: Correct Language for Gaza Reporting*
April 29, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Space U8, Eco Mall, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………..
Disediakan oleh:
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Tujuan :
Panduan ini disediakan untuk semua komunikasi dan kenyataan media serta rakan kerjasama. Matlamatnya adalah untuk mempromosi laporan yang tepat, adil, dan berprinsip mengenai genosid di Gaza dan penjajahan Israel.
Prinsip Utama:
■ Sebut Penjajah dengan Jelas: Sentiasa nyatakan “tentera penjajahan Israel,” “pengeboman Israel,” atau “serangan ketenteraan Israel.”
■ Sebut Jenayah dengan Jelas: Gunakan istilah seperti “genosid,” “pembersihan etnik,” “apartheid,” “pembunuhan beramai-ramai,” “jenayah perang,” dan “penjajahan.”
■ Sebut Mangsa dengan Jelas: Gunakan istilah seperti “orang awam Palestin,” “wartawan Palestin,” “kanak-kanak Palestin” — bukan istilah umum seperti “korban.”
■ Gunakan Ayat Aktif: Contoh — Katakan “Israel membunuh 20 rakyat Palestin,” bukan “20 rakyat Palestin terbunuh.”
■ Tolak Persepsi Setara Palsu: Jangan sesekali gambarkan penentangan Palestin dan penjajahan ketenteraan Israel sebagai dua pihak yang setara.
■ Nyatakan Sebab dan Tanggungjawab: Contoh — “Krisis kemanusiaan ini disebabkan oleh kepungan dan pengeboman Israel.”
■ Gunakan Sumber Palestin: Petik kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Gaza, wartawan Palestin, dan saksi mata secara langsung.
■ Cabarkan Bias: Jika memetik dakwaan Israel (seperti “Hamas guna penduduk sebagai perisai manusia”), tuntut bukti dan seimbangkan dengan perspektif Palestin.
Bahasa Yang Disyorkan:
Bukan “pertempuran” → Gunakan “serangan Israel” atau “pengeboman Israel.”
Bukan “konflik” → Gunakan “penjajahan dan genosid Israel.”
Bukan “militan” → Gunakan “pejuang penentangan Palestin” atau hanya “rakyat Palestin.”
Bukan “Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas” → Gunakan “Kementerian Kesihatan Gaza.”
Bukan “tindakan balas” → Gunakan “serangan ketenteraan Israel.”
Bukan “kematian yang tidak disengajakan” → Gunakan “penyasaran sengaja terhadap orang awam.”
Bukan “operasi keselamatan” → Gunakan “pembunuhan beramai-ramai dan kempen pembersihan etnik.”
Bukan “eskalasi” → Gunakan “serangan intensif Israel.”
Contoh Laporan Yang Betul:
Salah:
“Selepas peningkatan keganasan, serangan udara Israel membunuh berpuluh-puluh orang di Gaza sebagai tindak balas kepada serangan roket oleh militan.”Betul:
“Tentera penjajahan Israel meningkatkan serangan genosid mereka ke atas Gaza, membunuh berpuluh-puluh orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak, melalui pengeboman yang disasarkan. Pejuang penentangan Palestin bertindak balas terhadap pencerobohan Israel yang berterusan.”
Perkataan dan Frasa Bias Yang Digunakan Media Memihak Kepada Israel :
Pertempuran : Menyiratkan* dua pihak setara bertempur, sedangkan Israel ialah kuasa ketenteraan penjajah menyerang orang awam.
Konflik : Seolah-olah pertikaian antara dua pihak setara, sedangkan ia adalah penjajahan dan genosid.
Hak Israel untuk mempertahankan diri : Digunakan untuk membenarkan serangan dan pembunuhan orang awam oleh Israel.
Tindakan balas: Menggambarkan Israel seolah-olah hanya bertindak balas, menyembunyikan serangan asal Israel.
Serangan udara menyasarkan lokasi Hamas: Menutup fakta bahawa Israel mengebom hospital, sekolah, dan kawasan awam.
Perisai manusia : Menyalahkan Palestin atas kematian mereka sendiri dengan menuduh Hamas bersembunyi di kalangan orang awam.
Organisasi pengganas (hanya untuk Palestin): Melabelkan pejuang Palestin sebagai pengganas dan menghalalkan keganasan Israel.
Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas : Meragukan angka korban Palestin untuk melemahkan laporan Gaza.
Kematian akibat diri sendiri : Menyalahkan rakyat Palestin atas kematian mereka untuk membenarkan serangan Israel.
Perlu gencatan senjata: Hanya diminta selepas pembunuhan beramai-ramai terhadap Palestin, bukan untuk mencegahnya.
Serangan pembedahan : Menyembunyikan pembunuhan besar-besaran dengan menggambarkan serangan Israel sebagai tepat.
Kehilangan nyawa yang tidak disengajakan : Memperkecilkan pembunuhan sengaja terhadap Palestin.
Pejuang Gaza melancarkan roket: Tajuk utama memfokuskan pada tindak balas Palestin, bukan serangan awal Israel.
Eskalasi : Menyalahkan kedua-dua pihak, mengabaikan ketidakseimbangan kuasa.
Israel bertindak balas : Menggambarkan Israel sebagai bertahan, bukan menyerang.
Israel menuduh Hamas: Media mengulangi dakwaan Israel tanpa menuntut bukti.
Tebusan (hanya untuk Israel) : Mengabaikan lebih 10,000 tahanan politik Palestin, termasuk kanak-kanak.
Krisis kemanusiaan: Membincangkan penderitaan Gaza tanpa menyebut punca iaitu pengepungan dan pengeboman Israel.
Keganasan Gaza: Seolah-olah keganasan berlaku dengan sendiri tanpa campur tangan Israel.
Kebimbangan keselamatan: Menghalalkan dasar apartheid dan pembersihan etnik Israel.
Kematian rakyat Palestin (bahasa pasif): Mengelakkan menyebut bahawa Israel membunuh rakyat Palestin.
Catatan Akhir:
Bahasa membentuk realiti. Ketidakadilan mesti dinamakan dengan jelas dan berani. Bahasa yang neutral atau kabur hanya menguntungkan pihak penindas.
MAPIM mesti menjadi suara golongan yang tertindas — lantang, berprinsip, dan tanpa kompromi.