Condemnation of Israel’s War on the Free Press – Demand for Accountability and Global Action
May 2, 2025*IN THE COMING 15 MAY 2025 – *77 YEARS OF THE NAKBAHTHE FAILURE OF THE INTERNATIONAL COMMUNITY TO END ISRAEL’S OCCUPATION AND GENOCIDE**
May 3, 2025MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM)
Space U8, Eco Mall, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor
azmiabdulhamid58@gmail.com
……………………………………..
KENYATAAN RASMI MEDIA
3 hb 2025
MENJELANG 15 MEI 2025 – 77 TAHUN NAKBAH PALESTIN –
KEGAGALAN KOMUNITI ANTARABANGSA MENGHENTIKAN PENJAJAHAN DAN GENOSID ISRAEL
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menzahirkan rasa dukacita dan kemarahan terhadap dunia antarabangsa yang terus gagal menamatkan penindasan, penjajahan, dan penghapusan etnik yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin selama 77 tahun sejak berlakunya Peristiwa Nakbah pada 15 Mei 1948.
Nakbah bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi bencana kemanusiaan yang berterusan. Ia menandakan permulaan pembersihan etnik, pemusnahan kampung dan kota Palestin, pelarian lebih 750,000 rakyat Palestin, serta pendudukan tanah yang berterusan sehingga hari ini.
MAPIM mengisytiharkan pendirian berikut:
- Dunia telah gagal. PBB, kuasa-kuasa besar, dan sistem antarabangsa telah membiarkan penjajahan Israel terus berlangsung selama lebih tujuh dekad, dengan kemuncaknya pada genosid kejam di Gaza sejak Oktober 2023.
- Selama 77 tahun penderitaan tidak boleh dimaafkan. Saat ini Lebih 60,000 rakyat Palestin dibunuh di Gaza dalam masa 17 bulan, dengan wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa utama, disertai pemusnahan hospital, masjid, dan infrastruktur awam.
- Israel adalah entiti kolonial dan apartheid. Ia mengamalkan dasar diskriminasi perkauman yang melanggar undang-undang antarabangsa dan perjanjian kemanusiaan global.
- Komuniti antarabangsa bersubahat. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, dan Kesatuan Eropah terus membekalkan senjata dan memberikan perlindungan diplomatik kepada Israel.
- Umat Islam mesti bangkit. Kegagalan dunia memerlukan kebangkitan seluruh umat Islam – negara, NGO, gerakan massa, dan ulama – untuk menyatukan usaha membebaskan Palestin dari penjajahan.
- 77 Tahun Nakbah adalah simbol pengkhianatan dan keperluan untuk kebangkitan. Dunia yang berteraskan keadilan tidak akan lahir selagi kezaliman Israel tidak dihentikan. Tuntutan MAPIM:
- Segera hentikan segala bentuk kerjasama dengan Israel, termasuk ekonomi, diplomatik, dan ketenteraan.
- Desak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mempercepatkan proses pendakwaan terhadap pemimpin Israel.
- Gesa negara-negara OIC dan negara Global South bertindak tegas, bukan hanya sekadar mengutuk.
- Beri sokongan penuh kepada perlawanan rakyat Palestin – di Gaza, Tebing Barat dan diaspora – sebagai perjuangan sah di bawah undang-undang antarabangsa.
MAPIM menyeru agar 15 Mei disambut sebagai Hari Solidariti Global untuk Palestin, bukan sahaja untuk memperingati Nakbah, tetapi untuk memperhebatkan tekanan terhadap penjajah Israel dan menyatukan gerakan pembebasan Palestin di seluruh dunia.
Keadilan mesti ditegakkan. Penjajahan mesti ditamatkan. Palestin mesti dibebaskan.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, MAPIM
3 Mei 2025