MAPIM Seruan Kepada Dunia: Keengganan Berterusan Amerika Syarikat Veto Gencatan Senjata – Dunia Wajar Bertindak ke Atas Amerika Syarikat
June 5, 2025
MAPIM: WORLD MEDIA WORKERS MUST RISE AND CALL FOR ACCOUNTABILITY AND INTERNATIONAL BOYCOTT AGAINST ISRAEL
June 6, 2025MALAYSIAN CONSULTATIVE COUNCIL OF ISLAMIC ORGANIZATIONS
President’s Office , Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor , Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
…………………………………………
Kenyataan Media
6 Jun 2025
MAPIM ingin menyatakan bahawa solidariti bersama-sama rakyat Palestin adalah tidak mencukupi selagi umat Islam masih mengambil riba.
Ini kerana tidak mungkin Allah akan bantu umat Islam memperoleh kemenangan dalam membebaskan Palestin dan negara-negara yang dijajah sekiranya umat Islam sendiri memilih untuk berperang dengan-Nya dan Rasulullah SAW.
Dalam Al-Quran Surah Al- Baqarah ayat 279 sendiri telah menyatakan bahawa jika umat Islam benar-benar beriman maka dia perlu meninggalkan amalan riba kerana sesiapa yang masih enggan melakukan sedemikian akan diperangi oleh Allah dan RasulNya.
Malah, Rasulullah SAW dan para sahabatnya sendiri ketika menyebarkan Islam telah melalui pelbagai kesusahan yang mana satu daripadanya ialah Embargo Makkah.
Pada ketika itu, orang-orang kafir Quraisy telah melakukan boikot segala barangan secara besar-besaran tetapi Rasulullah SAW dan para sahabatnya tetap tidak mengambil apa pun riba.
Bukan itu sahaja, Baginda SAW dan para sahabat tetap bersifat sedemikian ketika waktu siri peperangan demi peperangan dalam melindungi Islam itu sendiri.
Namun begitu, ramai umat Islam pada hari ini tidak bersifat sebegitu apabila menyentuh isu riba dengan alasan ‘darurat’ yang juga sering digunakan oleh pihak perbankan yang dilabel Islamik.
Namun begitu, alasan ‘darurat’ menyebabkan tiadanya usaha mengubah sistem kewangan ke arah yang benar-benar adil lebih-lebih lagi apabila sudah terbiasa dengan amalan riba itu sendiri.
Akibatnya, hanya segelintir sahaja umat Islam yang benar-benar dapat bersolidariti bersama-sama rakyat Palestin memandangkan selebihnya hanya mampu bersifat menanam tebu di tepi bibir gara-gara menjadi hamba hutang.
Oleh sebab itu, MAPIM ingin menegaskan bahawa pentingnya setiap umat Islam dalam menghayati semula kaedah Rasulullah SAW dalam menangani masalah riba dan juga pelbagai perkara secara langkah demi langkah.
Sesungguhnya Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik kepada setiap manusia sepanjang zaman yang kita dapat banyak manfaat dengan mengikut kaedah Baginda SAW secara keseluruhan.
Layakkah kita sebagai umat Islam mengakui mencintai Rasulullah SAW dan bersolidariti bersama-sama rakyat Palestin tetapi pada masa sama sanggup mengambil riba? Tepuk dada tanyalah iman.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM.