UNITED NATIONS MUST WORK CLOSELY WITH GOVERNMENT IN GAZA TO SECURE AID DISTRIBUTION
June 8, 2025MAPIM CONDEMNS ISRAEL’S ILLEGAL SEIZURE OF “MADLEEN” AID SHIP – A VIOLATION OF INTERNATIONAL LAW AND A CRIME AGAINST HUMANITY
June 10, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
9hb Jun 2025
UCAPAN TAKZIAH DARI MAPIM KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA MANGSA TRAGEDI KEMALANGAN BANUN, GERIK
Pertubuhan MAPIM Malaysia (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) dengan penuh rasa hiba dan dukacita merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Kami menyatakan solidariti sepenuhnya kepada semua keluarga yang kehilangan insan tersayang, khususnya kepada ibu bapa, ahli keluarga dan sahabat-handai para pelajar yang terkorban dalam kemalangan tersebut.
Tragedi ini amat menyayat hati seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ia berlaku ketika para pelajar dalam perjalanan pulang ke kampus selepas menyambut Aidiladha di kampung halaman mereka. Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga mangsa, tetapi turut mengguris jiwa seluruh rakyat dan negara.
MAPIM mendoakan agar semua mangsa yang terkorban ditempatkan dalam kalangan para solihin dan syuhada, serta seluruh keluarga diberikan kesabaran, kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat ini. Bagi mereka yang cedera, kami doakan agar diberi kesembuhan segera dan kekuatan fizikal serta emosi.
MAPIM juga menyokong penuh saranan agar siasatan menyeluruh dilakukan terhadap insiden ini dan agar langkah keselamatan perjalanan lebih ketat dilaksanakan, demi mengelakkan tragedi seumpama ini daripada berulang.
Kepada mahasiswa UPSI dan seluruh komuniti akademik, ketahuilah bahawa kami bersama kalian dalam kedukaan ini. Tragedi ini menjadi pengingat kepada kita semua tentang betapa bernilainya nyawa dan pentingnya aspek keselamatan dalam setiap urusan perjalanan.
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”
Dengan penuh doa dan simpati,
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ وَاكْرِمْ نُزُلَهُمْ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُمْ وَاغْسِلْهُمْ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِمْ مِنَ الْخَطَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُمْ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِمْ وَاهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِمْ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِمْ وَقِّهِمْ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, MAPIM Malaysia