MAPIM STANDS IN SOLIDARITY WITH DR. FRANCESCA ALBANESE
February 16, 2026Jika Ini Ramadhan Ku Yang Terakhir
February 18, 2026Aku bukan lagi pemuda berlari di barisan hadapan,
nafasku tidak lagi panjang seperti dahulu,
langkahku kadang perlahan,
namun jalanku masih menuju tujuan yang sama.
Pada wajahku terukir garis masa,
setiap garis adalah cerita perjuangan,
setiap kedut adalah saksi pengorbanan,
setiap uban adalah cahaya pengalaman.
Aku pernah jatuh,
pernah kecewa,
pernah merasa dunia terlalu berat,
namun setiap luka mengajar aku
erti sabar yang sebenar.
Kini aku tidak lagi memegang panji di medan,
tetapi aku memegang hikmah di dada,
tidak lagi berlari di hadapan,
tetapi berdiri di belakang
menolak generasi yang datang.
Mereka melihat aku sebagai tua,
tetapi aku melihat diriku sebagai perjalanan,
perjalanan menuju Tuhan
yang semakin dekat.
Jika esok aku tiada,
biarlah jejak ini kekal dalam langkah mereka,
biarlah doa menjadi suara yang meneruskan perjuangan,
biarlah pengalaman menjadi cahaya yang memimpin jalan.
Kerana seorang pejuang
tidak pernah berhenti berjuang
sehingga nafas terakhirnya pulang
kepada Pemilik kehidupan.
Cikgu Azmi
Merbok
28 Sha’ban 1447
17 Februari 2026

