PERHIMPUNAN HARI AL QUDS : RAKYAT MALAYSIA BERHIMPUN MEMPERTAHANKAN AL AQSA, MENUNTUT KEADILAN UNTUK GAZA DAN MENOLAK PERANG TERHADAP IRAN
February 24, 2026Malaysia Harus Respon Dengan Berprinsip Terhadap Polisi Pro Israel India
February 27, 2026Risalah Soal Jawab
MAPIM
Soalan 1
Apakah pendekatan yang harus diguna dalam Isu Kuil yang dibina tidak ada keizinan dan kelulusan ?
Guna Pendekatan Undang Undang, Keharmonian dan Keadilan
Prinsip Asas: Undang Undang mesti dihormati.
Mana mana struktur yang dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan adalah pelanggaran peraturan, tidak kira ia masjid, surau, kuil, gereja atau tokong.
Isunya bukan agama.
Isunya ialah pematuhan kepada undang undang perancangan bandar, hak milik tanah, dan keselamatan awam.
Negara tidak boleh membenarkan:
●Pencerobohan tanah awam atau persendirian
●Pembinaan tanpa pelan yang diluluskan
●Struktur yang membahayakan keselamatan
Soalan 2
Apakah penyelesaian yang adil dalam isu ini ?
Keadilan bermaksud konsisten.
Bezakan Antara Dua Keadaan
A. Pembinaan Baru Tanpa Izin
Jika benar benar dibina secara baru tanpa kelulusan dan tanpa proses rasmi, maka tindakan undang undang wajar diambil melalui notis, rundingan, dan penyelesaian tersusun.
B. Tapak Lama Yang Wujud Puluhan Tahun
Dalam banyak kes di Malaysia, terdapat rumah ibadat yang telah wujud lama sebelum peraturan moden diperketatkan. Isu seperti ini perlu ditangani melalui:
●Proses pemutihan status
●Rundingan tanah alternatif
●Pampasan munasabah
●Penyelesaian menang menang
●Pendekatan keras tanpa rundingan hanya membakar sentimen.
Soalan 3
*Apa yang perlu dielakkan ?
Elakkan mempolitikkan Agama.
Isu kuil tanpa izin sering dijadikan alat mobilisasi politik. Ini berbahaya.
Jika pendekatan bersifat:
●Emosi
●Perkauman
●Retorik menghina agama lain
Maka yang rosak ialah perpaduan nasional.
Malaysia ialah negara berbilang agama. Prinsip Perlembagaan menjamin kebebasan beragama dalam kerangka undang undang.
*Soalan 4.
*Apakah pendekatan yang dicadangkan ** ?
Pendekatan yang dicadangkan
- Audit Menyeluruh
Kerajaan tempatan perlu melakukan audit menyeluruh ke atas semua rumah ibadat yang tiada kelulusan, tanpa pilih kasih.
2.Jawatankuasa Harmoni
Tubuhkan jawatankuasa melibatkan:
●Pihak berkuasa tempatan
●Wakil agama
●Pemilik tanah
●NGO masyarakat
Tujuannya mencari penyelesaian bukan konfrontasi.
- Moratorium Sementara
Jika struktur telah lama wujud dan menjadi pusat komuniti, elakkan tindakan drastik serta merta. Berikan tempoh rundingan yang adil.
Soalan 5
Adakah ujud Garis Panduan Standard Nasional ?
Pangan MAPIM perlu ada garis panduan yang jelas supaya semua rumah ibadat:
●Patuh zon guna tanah
●Patuh keselamatan bangunan
●Tidak ganggu ketenteraman awam
Soalan 6
Apa Yang Perlu Dielakkan ?
●Memburukkan agama tertentu.
●Seruan meroboh secara emosional
●Mengaitkan isu ini dengan ancaman kepada agama Islam
●Mengheret rakyat ke arah konflik jalanan
●Isu ini mesti kekal dalam ruang undang undang dan pentadbiran, bukan sentimen.
Soalan 7
Apakah Kedudukan Islam Dalam Konteks Ini ?
Islam mengajar keadilan.
Jika kita menuntut agar masjid dilindungi, maka kita juga mesti berprinsip bahawa semua rumah ibadat ditangani secara adil dalam kerangka undang undang.
Kekuatan umat tidak dibina melalui konflik dalaman, tetapi melalui:
●Tadbir urus yang adil
●Kepimpinan matang
●Ketegasan yang beradab
Soalan 8
Apakah Cadangan Kenyataan Ringkas Jika Ditanya Media ?
“Isu kuil dibina tanpa izin adalah isu pematuhan undang undang, bukan isu agama. Tindakan perlu berdasarkan prinsip keadilan dan proses perundangan yang jelas. Semua rumah ibadat mesti mematuhi peraturan tanpa pilih kasih, dan penyelesaian harus melalui rundingan yang berhemah bagi menjaga keharmonian negara.”

