Perspektif Fiqh Islam Terhadap Pencerobohan Kuasa Asing Ke Atas Negara Muslim: Penilaian Syariah Terhadap Serangan US-Israel Ke Atas Iran
March 1, 2026US–ISRAEL ATTACK ON IRAN DURING THE MONTH OF RAMADAN : THIS AGGRESSION TARGETS THE WORLD UMMAH – REIGNITE THE SPIRIT OF BADAR
March 1, 2026Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ
MAPIM menyeru seluruh umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia untuk melaksanakan Solat Hajat, Qunut Nazilah dan doa munajat di semua masjid, surau dan institusi Islam sebagai tanda kesatuan spiritual dan solidariti terhadap krisis yang sedang berlaku susulan serangan ketenteraan Zionis Israel dan Amerika Syarikat ke atas Republik Islam Iran.
Perkembangan ini merupakan satu eskalasi yang amat berbahaya yang berpotensi mencetuskan konflik serantau yang lebih luas serta menggugat keamanan dunia. Serangan tersebut telah mengakibatkan korban nyawa, kemusnahan infrastruktur serta tindak balas ketenteraan balas yang meningkatkan risiko peperangan berskala besar di Asia Barat.
Umat Islam tidak boleh melihat situasi ini dengan sikap pasif. Sejarah membuktikan bahawa peperangan yang melibatkan kuasa besar sering membawa penderitaan kepada rakyat awam, kehancuran ekonomi dan ketidakstabilan global.
Oleh itu MAPIM menyeru:
●Semua masjid melaksanakan Solat Hajat secara berjemaah selepas solat fardu atau pada malam hari.
●Para imam membaca
Qunut Nazilah memohon perlindungan Allah daripada kezaliman dan peperangan.
●Umat Islam memperbanyakkan doa agar Allah melindungi negara negara Islam daripada ancaman pencerobohan.
●Memohon kepada Allah agar kesatuan umat diperkukuhkan dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa.
●Mendoakan keamanan dunia serta keselamatan semua manusia daripada bencana peperangan.
●Doa adalah senjata orang beriman. Ketika umat menghadapi ancaman, kekuatan rohani menjadi asas ketahanan ummah.
Allah SWT berfirman:
“Dan jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam urusan agama, maka wajiblah kamu menolong mereka.”
(Surah Al Anfal 8:72)
Sabda Rasulullah SAW:
“Perumpamaan orang beriman dalam kasih sayang dan belas kasihan sesama mereka seperti satu tubuh. Apabila satu anggota sakit, seluruh tubuh turut merasai.”
(Hadis Riwayat Muslim)
MAPIM menegaskan bahawa kesatuan umat Islam bukan sekadar slogan tetapi tanggungjawab yang mesti dizahirkan melalui doa, solidariti dan kesedaran bersama.
Semoga Allah melindungi dunia daripada kezaliman peperangan, memelihara negara negara Islam daripada pencerobohan, dan mengurniakan keamanan kepada seluruh umat manusia.
Hasbunallahu wa ni’mal wakil.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

