MARUAH UMAT KINI TERGANTUNG SEJAUH MANA AL AQSA DAN PALESTIN DIBEBASK AN — KEMENANGAN IRAN MENJADI KUNCI
March 7, 2026From Gaza to Tehran : A War That Threatens Global Order
March 8, 2026MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM)
Space U8, Eco Mall, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, Malaysia
………………………………………..
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيم
KENYATAAN MEDIA
BERSAMA
MAPIM – MANAR – SHURA
Kuala Lumpur | 7 Mac 2026
Kami mengecam sekeras kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang terus menutup Masjid Al Aqsa dan melarang seorang pun umat Islam daripada memasukinya.
Penutupan tempat suci umat Islam itu kini telah memasuki hari ketujuh berturut turut, suatu tindakan yang jelas merupakan pencabulan terhadap kesucian Al Aqsa serta hak umat Islam untuk beribadah.
Larangan total terhadap umat Islam daripada memasuki Masjid Al Aqsa adalah satu penghinaan terbuka terhadap seluruh umat Islam. Ia juga merupakan satu bentuk provokasi yang berbahaya kerana Al Aqsa bukan sekadar sebuah masjid di Palestin, tetapi merupakan amanah suci yang dimuliakan oleh Allah SWT dan menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mempertahankannya.
Allah SWT mengingatkan kita dalam Al Quran :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid Al Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya.
(Surah Al Isra : 1)
Penutupan Masjid Al Aqsa adalah satu jenayah terhadap agama, sejarah dan kemanusiaan. Dunia sedang menyaksikan bagaimana sebuah kuasa penjajah bertindak sewenang wenangnya terhadap salah satu tapak suci paling penting bagi umat Islam.
MAPIM mempersoalkan dengan serius : Mengapa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) masih tidak mengambil tindakan tegas?
OIC ditubuhkan untuk mempertahankan kepentingan umat Islam dan melindungi tempat suci umat. Namun apabila Masjid Al Aqsa ditutup sepenuhnya selama tujuh hari dan umat Islam dihalang daripada beribadah, dunia Islam masih belum melihat tindakan kolektif yang tegas dan berkesan.
MAPIM menegaskan bahawa keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Umat Islam tidak boleh terus menyaksikan penghinaan terhadap Al Aqsa tanpa sebarang tindak balas yang bermakna daripada negara negara Islam.
Sehubungan itu MAPIM menyeru :
- Sidang tergempar OIC diadakan segera bagi membincangkan tindakan kolektif mempertahankan Masjid Al Aqsa.
- Tekanan diplomatik antarabangsa dikenakan terhadap Israel agar membuka semula Masjid Al Aqsa kepada umat Islam tanpa sekatan.
- Mobilisasi solidariti global umat Islam melalui demonstrasi aman dan kempen antarabangsa bagi mempertahankan kesucian Al Aqsa.
- Tindakan undang undang antarabangsa diambil terhadap Israel atas pencabulan terhadap kebebasan beragama dan hak asasi manusia.
Al Aqsa adalah maruah umat. Apabila Al Aqsa dihina, seluruh umat Islam dihina.
Jika dunia Islam terus berdiam diri, sejarah akan mencatat bahawa kita gagal mempertahankan amanah yang diwariskan kepada kita.
Al Aqsa mesti dibebaskan.
MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
DATUK SWRI AHMAD AWANG
Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Pertahankan Al Aqsa
DATO WIRA ABDUL GHANI SAMSUDIN
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia

