From Gaza to Tehran : A War That Threatens Global Order
March 8, 2026The Passing of a Scholar in the Malay WorldIn Memory of Tan Sri Professor Syed Naquib Al Attas
March 8, 2026Di bulan Ramadhan yang hening dan penuh cahaya,
Perginya seorang mutiara umat,
Seorang alim yang menyalakan obor ilmu
Di langit pemikiran dunia Melayu.
Tan Sri Profesor Syed Naquib Al Attas,
Filosof yang tiada tolok banding,
Menganyam hikmah dari tradisi dan wahyu,
Menyatukan akal dan adab dalam satu jalan yang luhur.
Di tangan dan kalamnya,
Ilmu bukan sekadar pengetahuan,
Tetapi cahaya yang membimbing jiwa,
Membina insan beradab, memakmurkan peradaban.
Beliau mengajar kita bahawa ilmu
Bukan alat kuasa semata,
Tetapi amanah yang memurnikan hati,
Dan memandu manusia kembali kepada kebenaran.
Karya karya agungnya menjadi warisan,
Menunjuk arah kepada generasi,
Bahawa peradaban berdiri bukan hanya pada kekuatan,
Tetapi pada adab, hikmah dan iman.
Hari ini bumi Melayu terasa kehilangan,
Namun fikirannya tetap hidup
Dalam setiap halaman yang ditulisnya,
Dalam setiap jiwa yang disentuh oleh ilmunya.
Perginya seorang ilmuan
Tetapi tinggalnya sebuah warisan peradaban.
Semoga Allah merahmati ruhnya,
Menempatkan beliau bersama para solihin
Dan menjadikan ilmunya cahaya
Yang terus menerangi umat sepanjang zaman.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Ramadhan 1447H

