Media Statement

MAPIM MENYERU BACA KHUTBAH MENGENAI PALESTIN JUMAAT HARI INI

” Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Mengasihani”

Kepada semua Khatib dan imam Masjid seluruh Malaysia

Assalamualaikum wrwb

Kami menyeru supaya semua masjid dinegara ini membaca khutbah khas Jumaat hari ini mengenai keadaan terkini di Palestin.

Adalah menjadi tsnggungjawab setiap khatib untuk menyampaikan maklumat dan kesedaran mengenai kedudukan Gaza, Al Quds dan Al Aqsa yang sangat kritikal saat ini..

Khatib dan imam harus membaca doa qunut nazilah khas dalam khutbah dan solat Jumaat hari ini untuk membangkit rasa pertanggungjawaban para jamaah terhadap apa yang sedang dihadapi umat Islam di Palestin.

Kami menyeru setiap Masjid melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat hari ini. Doa setulusnya supaya Allah SWT melindungi umat Islam dan Al Aqsa yang diancam oleh zionis israel.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM )

Related Articles

Back to top button