PEMBINAAN SEMULA GAZA MESTI MENEKANKAN KEWAJIBAN AMERIKA DAN ISRAEL ATAS KEMUSNAHAN SERTA BAYARAN GANTI RUGI OLEH PELAKU JENAYAH PERANG DAN GENOSID
February 9, 2025“BULLDOZER JUSTICE”: MUSLIM PROPERTIES TARGETED IN INDIA UNDER MODI’S ADMINISTRATION – OIC MUST ACT*
February 10, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ,
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor
azmiabdulhamid58@gmail.com
…………………………………………
KENYATAAN MEDIA*
10hb Februari 2025
PERHIMPUNAN BANTAH PELAN TRUMP MENGAMBILALIH GAZA
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin untuk menyertai Perhimpunan Bantah Pelan Trump Mengambilalih Gaza yang akan diadakan serentak di seluruh masjid seluruh negara pada:
📅 Tarikh: 14 Februari 2025
🕌 Tempat: Masjid Tabung Haji
🕜 Masa: Selepas Solat Jumaat
Jam 3.00 ptg : Serahan Memo Bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur
Perhimpunan ini bertujuan untuk menzahirkan bantahan tegas terhadap rancangan jahat yang menafikan hak rakyat Palestin serta memperkukuhkan penjajahan Israel ke atas Gaza.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, satu Memorandum Bantahan akan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat sebagai mesej jelas bahawa rakyat Malaysia menolak sebarang bentuk perancangan yang mencabuli hak dan kedaulatan Palestin.
Perhimpunan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa bagi menunjukkan solidariti terhadap kezaliman yang berlaku. Kami menjemput semua pihak untuk hadir dan bersatu menentang ketidakadilan yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat serta sekutunya.
Perhimpunan ini penting agar suara Malaysia menyatakan sikap tegas mengutuk dan mengecam kenyataan kolonial Trump yang berhasrat untuk memiliki Gaza. Gaza mesti dipertahankan untuk warga Palestin sebagai tanah hak mereka yang sah dan tidak boleh dirampas oleh mana-mana kuasa penjajah.
Kami berharap perhimpunan ini dapat menghimpunkan pemimpin pelbagai agama – Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Taoisme – serta pelbagai bangsa – Melayu, Cina, India, Sikh – sebagai simbol kesatuan rakyat Malaysia dalam memperjuangkan keadilan sejagat.
Kami menyeru semua NGO dari pelbagai bangsa dan agama menyertai perhimpunan yang merupakan perhimpunan isu kemanusiaan bersama seluruh pertubuhan.
Kami menyeru juga agar Masjid di seluruh negara turut menganjurkan perhimpunan di Masjid masing- masing serentak.
Selain itu, perhimpunan ini juga mesti merentas parti politik. Kami menyeru penyertaan dari ahli PKR, Amanah, UMNO, PAS, Bersatu, DAP, MCA, MIC, dan lain-lain untuk menunjukkan bahawa isu Palestin bukan isu politik kepartian tetapi isu keadilan sejagat yang mesti diperjuangkan oleh semua pihak.
Malaysia mesti menunjukkan bahawa isu Palestin bukan hanya isu Arab, Palestin atau Muslim semata-mata, tetapi isu keadilan dan kemanusiaan yang perlu diperjuangkan oleh seluruh masyarakat dunia.
Bersama, kita suarakan bantahan demi keadilan dan hak rakyat Palestin!
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

