MAPIM MENUNTUT MAJLIS PEGUAM MALAYSIA MENJADI TELADAN NILAI SOSIAL – BUKAN MENERUSKAN LEGASI PENJAJAH BRITISH DAN BUDAYA SEKULAR BARAT
March 12, 2025MAPIM CONDEMNS ISRAEL’S CONTINUED BLOCKADE OF GAZA: A CRIME AGAINST HUMANITY
March 14, 2025MALAYSIAN CONSULTATIVE COUNCIL OF ISLAMIC ORGANIZATIONS
President’s Office , Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor , Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
…………………………………………….
Kenyataan Media 14/3/2025
MAPIM ingin menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk melaksanakan perkara tersebut bagi menghadapi masalah isu hutang isi rumah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Ini kerana apa yang berlaku ialah sudah terlalu ramai rakyat yang telah dibebani oleh pelbagai pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang akhirnya memakan diri peminjam itu sendiri.
MAPIM mendapati peminjam yang terbeban akan ditawarkan dengan pelbagai insentif iaitu berbentuk penyusunan semula hutang dan pelepasan kadar faedah sementara yang hanya menguntungkan pihak bank sahaja.
Namun begitu, seseorang yang bertanggungjawab iaitu pengguna kad kredit yang bayar tepat pada masanya walau apa pun tidak mendapat ganjaran yang sewajarnya tetapi ditawarkan pula dengan lebih banyak lagi pinjaman dan pembiayaan.
Bukan itu sahaja, malah seseorang yang tidak mempunyai sebarang pinjaman langsung tidak memperoleh sebarang ganjaran.
Ini adalah jelas amat bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh Islam kerana tidak dinafikan hukum membayar semula hutang tepat pada masanya adalah wajib tetapi haram untuk menjadikannya sebagai alat eksploitasi.
Kesannya dapat dilihat pada masa ini yang mana berlakunya yang kaya semakin kaya manakala miskin semakin miskin yang membawa kepada peningkatan masalah keluarga, jenayah serta pelbagai isu sosial.
Cadangan-cadangan dalam memastikan sistem kewangan beroperasi dengan adil dan seimbang.
MAPIM mengusulkan supaya kerajaan dan institusi kewangan:
- Memberi insentif kepada mereka yang membayar hutang tepat waktu atau memilih untuk tidak berhutang langsung.
- Menghentikan amalan penalti tersembunyi terhadap mereka yang membayar hutang sepenuhnya dan tepat waktu.
- Menggalakkan sistem kewangan yang adil, termasuk mengutamakan transaksi bebas riba dan mengurangkan kebergantungan terhadap kredit.
Kaedah-kaedah sebegini adalah sangat praktikal yang dapat kerajaan lakukan sebagai antara langkah mengurangkan masalah hutang isi rumah yang semakin tidak terkawal.
Ini kerana dengan ganjaran-ganjaran sebegini dapat memberi motivasi kepada orang ramai untuk mengamalkan kehidupan yang lebih baik dan tidak perlu menjadi hamba hutang.
Bersama-sama kita membantu kerajaan Madani dalam membangunkan semula ekonomi rakyat secara langkah demi langkah dan pada masa yang sama memerangi sebarang bentuk eksploitasi kewangan.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

