Menjawab Penolakan Fatwa Jihad oleh Mufti Besar Mesir: Di Mana Letaknya Hati Nurani Umat?
April 9, 2025WHO MUST NOT STAND BY WHILE GAZA’S HEALTH SYSTEM IS DELIBERATELY DESTROYED
April 10, 2025KENYATAAN TERBUKA
9 April 2025 | Kuala Lumpur
Kami, sebagai sebahagian daripada umat Islam yang prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin di Gaza, amat kecewa dan terkilan dengan kenyataan Mufti Besar Mesir, Nazir Ayyad, yang menolak fatwa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) yang menyeru kepada jihad mempertahankan Gaza.
Ini alasan syar’ie untuk bertindak yang menuntut kepada pengemblengan umat untuk membela nasib umat Palestine.
DALIL AL-QURAN & HADITH:
- “Dan mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah, baik lelaki, wanita-wanita, dan anak-anak yang mereka berkata: ‘Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya…'”
(Surah An-Nisa’ : 75)
→ Ini seruan langsung dari Allah agar umat Islam bangkit membela golongan tertindas seperti rakyat Gaza hari ini. - Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang tidak peduli terhadap urusan kaum Muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka.”
(Hadith riwayat al-Hakim)
→ Kelesuan dan keengganan mempedulikan penderitaan umat Islam adalah satu pengkhianatan terhadap ukhuwwah Islamiyyah. - “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) agama hanya bagi Allah semata.”
(Surah Al-Baqarah: 193)
→ Ayat ini memerintahkan kita untuk menentang penindasan sehingga keadilan dan kebebasan beragama ditegakkan.
Seruan kami:
- Fatwa IUMS adalah sah dari sudut syariah dan maqasid – ia memelihara nyawa, maruah dan agama umat Islam.
- Menolak fatwa ini atas alasan politik atau keselesaan negara adalah bentuk ketundukan kepada penindas.
- Kita wajib bertindak – bukan sekadar bersimpati – kerana kezaliman tidak akan berhenti dengan diam.
Kami menyeru semua institusi keagamaan, NGO Islam, dan pemimpin umat agar tidak tunduk kepada tekanan geopolitik dan bangkit menyahut tanggungjawab syar’ie ini.
“Jika kamu tidak menolong (agama)-Nya, maka sesungguhnya Allah telah menolong (agama)-Nya…”
(Surah At-Taubah: 40)
Yang benar,
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

