AMERIKA SYARIKAT-ISRAEL MEMBELI MASA UNTUK MENGHAPUSKAN GAZA ATAS NAMA BANTUAN
June 1, 2025AID TURNED INTO DEATH TRAP: THE RAMPANT SLAUGHTER IN GAZA
June 1, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
📢 KENYATAAN MEDIA
1 hb Jun 2025
Insiden tragis pembunuhan di tapak agihan bantuan di Rafah, Gaza.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin yang berlaku di tapak agihan bantuan di Rafah, Gaza. Serangan terbaru ini telah mengorbankan 22 nyawa dan mencederakan lebih 115 orang, menjadikan jumlah keseluruhan dalam seminggu mencecah 39 syahid dan lebih 220 cedera – kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang sedang kelaparan dan menunggu bantuan.
Apa yang berlaku ini adalah satu jenayah perang yang keji dan tidak dapat diterima sama sekali oleh akal manusia waras. Rejim penjajah Zionis telah menjadikan bantuan sebagai perangkap maut, dengan kerjasama serta perlindungan daripada tentera Israel, malah disokong secara politik dan logistik oleh Amerika Syarikat. Ini adalah satu bentuk genosid terancang, dilakukan di atas nama “bantuan kemanusiaan.”
MAPIM menegaskan bahawa pembunuhan ini adalah pelaksanaan terang-terangan dasar pembunuhan sistematik, melibatkan penggunaan makanan sebagai umpan untuk membunuh, yang menyalahi segala norma kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Genosid 1948.
📌 Sehubungan itu, MAPIM menegaskan pendirian berikut:
- Menuntut pembukaan segera semua lintasan rasmi Gaza, dan penamatan serta-merta kawalan Israel ke atas bantuan kemanusiaan. Bantuan mesti dikendalikan secara bebas oleh PBB dan agensi kemanusiaan antarabangsa tanpa campur tangan atau penipuan Israel.
- Menggesa penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas untuk menyiasat pembunuhan di tapak agihan bantuan dan membawa pihak yang bertanggungjawab ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
- Menolak sepenuhnya konsep “zon penampan” dan “koridor kemanusiaan” yang dikawal oleh rejim penjajah, kerana ia terbukti menjadi perangkap pembunuhan, bukan jalan selamat.
- Menuntut kerajaan Malaysia dan negara-negara OIC serta Liga Arab bertindak tegas, termasuk menggantung hubungan dengan rejim Zionis, serta menekan PBB dan Majlis Keselamatan untuk bertindak segera dan bukan sekadar mengeluarkan kenyataan retorik.
- Menyeru seluruh rakyat Malaysia, umat Islam dan masyarakat antarabangsa yang cintakan keadilan agar bangkit menyuarakan kemarahan terhadap pembunuhan ini – melalui tunjuk perasaan, tekanan diplomatik, boikot, dan sokongan berterusan kepada rakyat Gaza.
❗ Dunia tidak boleh terus membisu.
Jika dunia membiarkan pembunuhan ini berlaku tanpa tindakan, maka dunia telah gagal dalam segala prinsip keadilan, hak asasi, dan kemanusiaan.
Kami menyeru agar gelombang solidariti global untuk Gaza dipertingkatkan sekarang. Rakyat Gaza tidak boleh dibiarkan terus dijadikan mangsa kebuluran dan pembunuhan kejam.
MAPIM akan menggerakkan kempen antarabangsa “Aid Not Ambush” bersama rakan-rakan antarabangsa bagi mendedahkan peranan Israel dan AS dalam memperalat bantuan untuk membunuh rakyat Palestin, serta mendesak pendirian keras dari masyarakat dunia.
🇵🇸 Gaza berdarah. Dunia tidak boleh terus berdiam diri.
🇲🇾 MAPIM bersama Gaza. Bersama kita tuntut keadilan dan kemerdekaan Palestin!
✍
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
📍 Kuala Lumpur
🗓 1 Jun 2025

