“KEWIBAWAAN FATWA HARUS DIPERTAHANKAN – KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN TERHADAP FATWA SELANGOR MEMPUNYAI IMPLIKASI BESAR KEPADA KEDAULATAN ISLAM”
June 19, 2025PANDANGAN MAPIM-TERAS MENGENAI HANYA 39% Perniagaan Berdaftar Di Malaysia Diusahakan.
July 4, 2025MALAYSIAN CONSULTATIVE COUNCIL OF ISLAMIC ORGANIZATIONS
President’s Office , Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor , Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
…………………………………………
Kenyataan Media Rasmi MAPIM
3 Julai 2025
MAPIM ingin menegaskan bahawa tiba masanya untuk membawa negara Malaysia keluar dari segala penjajahan berbentuk ekonomi sama ada secara dalaman mahupun luaran.
Ini kerana jika pihak Bank Dunia dan International Monetory Fund (IMF) menawarkan kononnya ‘bantuan ekonomi’ , hakikatnya ialah tidak bersifat percuma.
Namun demikian, prinsip sebegitu juga yang dilaksanakan oleh sistem perbankan dalam negara ini termasuklah yang bertopengkan label ‘patuh shariah’.
Mereka akan terus menyebabkan harga-harga barangan dan perumahan untuk terus meningkat melalui penciptaan wang secara kredit yang mana rakyat akan menanggung bebanan jika berlakunya sebarang krisis kewangan.
Perkara sebegini telah pun dibuktikan dengan berlakunya Krisis Kewangan 1920-an yang membawa kepada Perang Dunia Kedua dan diikuti Krisis Kewangan 1998, Perumahan Subprima 2008 dan pelbagai lagi.
Maka, IMF akan sentiasa mengambil peluang untuk menawarkan ‘bantuan kewangan’ kepada negara-negara yang terjejas tetapi malangnya bantuan sebegitu hanyalah perangkap hutang tidak berkesudahan.
Akhirnya, negara-negara yang tidak mampu membayar hutang tersebut akan dipaksa menswastakan aset-aset utama mereka dan akan dikenakan tindakan amat drastik jika tidak melakukan sedemikian.
Masalah sebegitulah yang terjadi kepada negara Indonesia, Greece, Afrika, Amerika Latin seperti Ecuador, Argentina dan juga Rusia pada suatu ketika dahulu melalui proses dikenali sebagai Catastroika.
Begitu jugalah dengan apa yang sistem perbankan lakukan terhadap ramai rakyat yang amat terbeban dengan pinjaman berbentuk kad kredit, peribadi, perumahan, kenderaan, perniagaan dan seumpamanya lebih-lebih lagi dengan berlakunya kenaikan harga barangan secara mendadak.
Yang lagi menghairankan ialah apabila terdapat individu yang terbukti bayar pinjaman kad kredit tepat pada masanya tanpa apa pun tambahan dilabel pelanggan tidak berguna oleh sistem perbankan itu sendiri yang jelas mengkhianati prinsip agama Islam.
MAPIM benar-benar cakna dengan isu sebegini kerana dalam memperjuangkan isu Palestin, pembinaan kekuatan ekonomi rakyat negara ini juga perlu diambil kira.
Maka, MAPIM menggesa pihak kerajaan untuk mencari alternatif lain dalam mereformasikan semula sistem kewangan yang masih lagi penuh dengan kepincangan dan berbentuk penjajahan secara senyap.
Perdana Menteri ketika Persidangan Parlimen 19 September 2023 mengakui bahawa sistem perbankan yang ada pada hari ini walaupun dikatakan Islamik tetapi masih tidak memenuhi Maqasid Shariah.
Oleh sebab itu, rakyat juga perlu menggesa kerajaan bagi melakukan sedemikian termasuklah berbentuk Penghapusan Hutang (Debt Jubilee).
MAPIM percaya kaedah sebegini antara satu daripada reformasi kewangan yang dapat dilakukan dan sekaligus membuka ruang memandu Malaysia ke arah sistem kewangan yang lebih adil dan saksama.
Penghapusan Hutang (Debt Jubilee) dapat menyelesaikan pelbagai masalah ekonomi rakyat apabila dilakukan secara berperingkat serta membolehkan negara ini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa luar.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

