ON THE PROPOSED DEPLOYMENT OF AN INTERNATIONAL FORCE IN GAZA
October 25, 2025ANWAR PERLU BERTERAS — HENTIKAN GENOSIDA DI GAZA; SEGERA HENTIKAN SERANGAN KE ATAS GAZA, TEBING BARAT & BAITUL MAQDIS
October 26, 2025USA – CHINA [sempena sidang asean 2025 di Kuala Lumpur]: Bukan Gajah sama gajah berperang, Pelanduk Mati di Tengah Tengah – Tapi MADANI.
Oleh
Azmi Abd.Hamid, Presiden MAPIM & Kamari Kasan
[Pusat kajian Kemanusiaan Uyghur China, Multiversiti Gema Mapim, Metaversiti Telapak Adat Wilayah Naning].
Jambatan Madani.
Madani merupakan jambatan pertemuan disaksikan pelbagai blok penting negara dunia dan berlaku dihadapan Ketua Negara Asean. Swlain PBB dan UNGA kelihatan sosok pemimpin Anwar PMX Malaysia memperkenalkan sebuah tesis kemanusiaan madaninya dengan helah tiada berhelah yang inklusif dan mampan. Isu nya amat jelas bahawa sebarang isu dan krisis kemanusiaan mesti dibawa berunding bila apa lagi semangat dan roh ASEAN ialah aman, bebas dan berkecuali. Ia amat terang dan tiada helah uncertainty disana.
Tonggak Ehsan
Prinsip utama madani ialah EHSAN. Atas prinsip itu lah sidang muzakarah muafakat antarabangsa disusunkan. Berjaya atau tidak itu bukan isu lagi kerana helah tiada berhelah ASEAN ialah bukan sapa menang dan sapa kalah tapi mencari benar dan meminggir yang salah. Menang bukan hadiah berharga buat sesebuah negara jika dasar nya salah (wrong) dan salah jarang membawa kepada kebaikan dan kekuatan sebenar. Natijah salah ialah bencana dan kerugian.
Allah sebut dalam wal asr ” Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman, beramal solleh, tegur menegur dengan penuh kebijaksanaan dan tegur menegur dengan penuh kesabaran”.
Tonggak Keyakinan.
Asas ehsan ialah kebijaksanaan yang muncul dari utuhnya prinsip kepercayaan atau beriman dan beramal soleh. KEYAKINAN adalah prinsip atau tonggak madani yang muncul akibat ehsan itu, bilamana EHSAN diikat oleh perintah Allah seperti Surah wal asr tadi.
Tonggak Hormat.
Kedua-dua EHSAN dan KEYAKINAN itu akan menerbitkan Sebuah persembahan kelakuan atau personaliti yang DIHORMATI ummah dan lambang penghormatan itu terserlah dari sambutan kepada undangan dan malah pada sesetengahnya mereka sendiri menawarkan diri untuk hadir bersama warga sidang ASEAN ini. Itu kesan hormat mereka kepada kepimpinan sosok PMX Malaysia.
Sidang akan membuahkan pelbagai buah pandangan dan itu adalah DAYA CIPTA yang berguna kepada komuniti serantau. Selagi manusia mempunyai wajah manusianya maka aqal akan terus berperanan.Dan selagi aqal berperanan mulia dan tinggi selagi itulah sidang dan dialog berjalan terus dan segar. Manakala bila aqal menjadi haiwan dan hilang kemanusiaan maka akan bermulalah perlakuan insan kepada perang dan perkelahian.
Tonggak Daya Cipta,
Aqal sihat yang diasuh dari EHSAN dan KEYAKINAN serta mencipta HORMAT dan DAYA-CIPTA ini lah yang menjadi landasan munculnya jambatan dua hala timur dan barat. Ia bukan isu USA atau China tetapi isu mengajar secara halus bagaimana pernuafakatan dan keharmonian adalah jalan paling penting dalam mengubati luka zaman dan peradaban kini .
Tonggak Kesejahteraan & Mampan.
Ia bakal memunculkan KESEJAHTERAAN dan kemakmuran dan swmua itu mampu diteruskan sekiranya semua benar benar faham menghayati tonggak madani itu. Ia akan mencipta wajah MAMPAN dan selamanya terus menjadi aman bebas dan berkecuali yang berprinsip, iaitu Madani.

