INTERNATIONAL CHILDREN’S DAY
November 21, 2025Mengarusperdanakan Kebangkitan Saintis Muslim: Agenda Strategik Dalam Era Pasca-Normal
November 22, 2025Kenyataan Media Rasmi MAPIM
Baru-baru ini seorang aktivis kemanusiaan bernama Farah Lee menyatakan dirinya masih tidak memiliki rumah sendiri walaupun berusia 36 tahun.
Tambah beliau, ini kerana beliau bersama sama keluarganya tidak mahu lagi terlibat dengan apa jua hutang yang mempunyai unsur riba.
Jelas beliau, adalah lebih selesa untuk terus menyewa sehinggalah mampu beli rumah secara tunai kerana jika sampai terpaksa rumah membeli secara hutang yang mempunyai unsur riba maka
MAPIM benar-benar memuji peserta yang pernah terlibat dalam Sumud Flotilla tersebut kerana sifat beliau menunjukkan bahawa Islam amat menekankan kekayaan jiwa dan bukan sekadar luaran harta semata-mata.
Sifat sebegini yang hakikatnya menjadikan umat Islam dapat membina kekuatan sebenar Islam itu sendiri dan bukannya bersifat cintakan dunia takutkan mati.
Namun demikian, masih terdapat golongan kononnya ‘patuh shariah’ yang tidak senang dengan cara hidup aktivis tersebut dan amat tidak wajar untuk isu sebegini berlaku.
Malah, ada juga yang tergamak mengeluarkan kata kata yang tidak bersopan dan wajarkah orang Islam bersifat sebegini rupa?
MAPIM menegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik sepanjang zaman di mana Baginda SAW sendiri bermuamalat sanggup susah senang bersama dalam apa pun keadaan.
Namun begitu, bank-bank bergelar ‘patuh shariah’ tidak melakukan sedemikian dan sering meletakkan kesalahan kepada peminjam semata-mata tanpa melihat secara keseluruhan.
Ini yang menimbulkan persoalan-persoalan yang amat kritikal iaitu:-
- Adakah ini yang Islam ajar iaitu tekankan kemewahan luaran semata-mata tetapi berpaksikan normalisasi hutang sana sini sehingga menyebabkan kurangnya sifat kekitaan sebagai ummah?
- Adakah sesuatu perkara yang membawa kepada penindasan itu boleh jadi halal dengan hanya berdasarkan akad dan meletakkan label ‘Islamik’ semata-mata?
- Wajarkan seseorang boleh menyatakan bahawa penindasan bersifat subjektif walhal Allah S.W.T. dan Rasulullah SAW sendiri mempunyai zero tolerance terhadap apa pun kezaliman?
Allah S.W.T. sendiri berfirman dalam Surah An Nahl ayat 116 yang bermaksud janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah….
Sifat normalisasi hutang inilah membawa kepada riba iaitu satu-satunya dosa Allah S.W.T. dan Rasulullah SAW isytihar perang seperti mana yang dinyatakan dalam Al Quran Surah Baqarah Ayat 279.
Oleh sebab itulah, MAPIM ingin menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Farah Lee dalam mengadapi apa pun amalan berkaitan riba amat wajar dicontohi.
Kaedah sebegini juga apabila menjadi ikutan orang ramai dapat memaksa bank-bank ‘patuh shariah’ untuk mengkaji semula sistem kewangan mereka supaya ke arah yang lebih adil.
Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Balad ayat 17 yang menyatakan orang orang beriman berpesan-pesan dengan sabar serta kasih sayang.
Ini jelas membuktikan bahawa orang-orang beriman tidak takut hidup susah kerana yang penting tidak melawan Allah S.W.T. walau apa pun.
MAPIM ingin nasihatkan bahawa orang-orang yang ikhlas untuk Allah S.W.T. semata-mata maka akan adanya bantuan yang tidak disangka serta mendapat ketenangan di dunia dan akhirat.
Semoga Allah S.W.T. memberkati Farah Lee sekeluarga dan juga orang-orang yang usaha tanpa henti hidup bebas hutang dan riba kerana-Nya semata-mata.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
President’s Office , Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor , Malaysia azmiabdulhamid58@gmail.com

