MALAYSIA MUST NOT BE INVOLVED IN TRUMP’S “BOARD OF PEACE”
February 1, 2026US MUST NOT BE ALLOWED TO DICTATE TALKS WITH IRANWHILE AMASSING WARSHIPS IN THE REGION
February 1, 2026Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
Kenyataan Media
1hb Februari 2026
*DASAR JELAS, UNDANG-UNDANG JELAS:
*ISU BANYAK KUIL DIBINA TANPA KELULUSAN
TIDAK BOLEH DIBIARKAN
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memandang serius laporan dan aduan awam berhubung kewujudan banyak kuil yang dibina tanpa kelulusan sah pihak berkuasa tempatan di beberapa negeri.
Isu ini bukan soal agama, tetapi soal ketertiban negara dan penghormatan kepada undang-undang.
Jika pelanggaran ini dibiarkan, ia akan menjadi precedent berbahaya yang melemahkan sistem perundangan dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
- Pelanggaran Yang Semakin Meluas
MAPIM menerima maklum bahawa terdapat:
- Kuil dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran
- Kuil dibina di atas rizab jalan dan tanah awam
- Kuil yang tidak memiliki pelan bangunan diluluskan
- Kuil yang dibina tanpa kelulusan guna tanah.
Ini adalah pelanggaran nyata terhadap undang-undang pihak berkuasa tempatan, Kanun Tanah Negara, serta peraturan perancangan bandar.
Tiada justifikasi budaya atau sejarah yang boleh mengatasi kedaulatan undang-undang.
- Undang-Undang Mesti Dikuatkuasakan Secara Adil
MAPIM menegaskan bahawa:
●Undang-undang mesti dilaksanakan tanpa pilih kasih.
●Tidak boleh ada standard berganda.
●Tidak boleh ada pengecualian berdasarkan tekanan politik atau sentimen.
●Penguatkuasaan yang adil adalah asas keamanan dan keharmonian. - Penyelesaian Berasaskan Undang-Undang
MAPIM menyeru:
- Audit menyeluruh oleh pihak berkuasa tempatan
- Pengelasan status semua rumah ibadat tanpa kelulusan
- Proses perundangan yang telus dan berperingkat
- Tindakan tegas terhadap pembinaan baharu yang haram
Isu ini mesti ditangani dengan ketegasan berprinsip dan keadilan sosial.
MAPIM percaya keharmonian tidak lahir daripada kompromi terhadap pelanggaran undang-undang, tetapi daripada keadilan yang ditegakkan dengan hikmah dan ketegasan.
Undang-undang adalah benteng negara.
Keadilan adalah asas keharmonian.
Tiada siapa kebal daripada peraturan.
Mohd Azmi Abdul Hamid
President
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

