IRAN POSES NO IMMINENT THREAT: TRUMP’S NARRATIVE IS POLITICALLY DRIVEN AND HEAVILY INFLUENCED BY ISRAEL
March 19, 2026MAPIM SOKONG MALAYSIA BERTEGAS: KAPAL PERANG AS TIDAK DIBENAR BERLABUH, PERJANJIAN PERLU DISEMAK SEMULA
March 19, 2026Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Space U8, Eco Ardence
Bukit Jelutong
40150 Shah Alam, Selangor
Malaysia
………………………………………
KENYATAAN MEDIA
Kuala Lumpur | 19 Mac 2026
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengambil maklum perkembangan positif hasil pertemuan antara wakil NGO komuniti Melayu dan India yang bersepakat untuk meredakan isu perkauman dan agama melalui pendekatan dialog serta perdamaian.
MAPIM menyambut baik inisiatif ini sebagai satu langkah matang dalam menangani isu sensitif yang berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Pendekatan dialog terbuka, berteraskan saling menghormati dan kefahaman antara agama, merupakan asas penting dalam membina kestabilan sosial jangka panjang.
Dalam masa yang sama, MAPIM menegaskan bahawa usaha dialog mesti disandarkan kepada prinsip keadilan, keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan penghormatan terhadap kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, di samping menjamin hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan masing masing secara aman.
Cadangan penubuhan jawatankuasa khas di bawah Jabatan Perdana Menteri serta pelaksanaan audit tanah berkaitan rumah ibadat perlu dilihat sebagai langkah pentadbiran yang telus dan berasaskan fakta. Namun, pelaksanaannya hendaklah dilakukan dengan penuh hikmah, sensitiviti agama dan mengambil kira keseimbangan kepentingan semua pihak.
MAPIM turut menegaskan bahawa isu pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran perlu ditangani secara berhemah melalui saluran undang undang dan dialog yang konstruktif, bukan melalui pendekatan konfrontasi yang boleh mencetuskan ketegangan.
Dalam konteks ini, MAPIM menyeru agar:
- Dialog antara komuniti diperluaskan dengan penglibatan lebih ramai pemimpin agama, ilmuan dan masyarakat sivil
- Kerajaan memainkan peranan sebagai pemudah cara yang adil dan tidak berpihak
- Semua pihak menahan diri daripada menyebarkan kenyataan provokatif di media sosial.
- Mekanisme penyelesaian jangka panjang dibangunkan berasaskan persefahaman dan kepercayaan bersama
MAPIM juga mengingatkan bahawa keamanan negara tidak boleh diambil mudah. Ia perlu dipelihara melalui kebijaksanaan, kesabaran dan komitmen kolektif untuk menolak ekstremisme serta politik kebencian.
Akhirnya, MAPIM percaya bahawa Malaysia mempunyai asas kukuh untuk kekal sebagai negara yang aman dan harmoni, sekiranya semua pihak memilih jalan dialog, keadilan dan saling menghormati.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

