MAPIM MENYOKONG DIALOG ANTARA KOMUNITI, TEKANKAN KEADILAN, KEHARMONIAN DAN KEPEKAAN AGAMA
March 19, 2026SERUAN JIHAD FISABILILLAH DARI MASJID AL-AQSA: JANGAN BIARKAN UMAT TERUS TIDUR
March 22, 2026Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Space U8, Eco Ardence
Bukit Jelutong
40150 Shah Alam, Selangor
Malaysia
………………………………………
KENYATAAN MEDIA
Kuala Lumpur | 19 Mac 2026
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Kerajaan Malaysia untuk tidak lagi menerima permohonan “port of call” kapal perang Amerika Syarikat di mana mana pelabuhan negara ini.
Keputusan ini adalah langkah berprinsip yang mencerminkan pendirian Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara, serta menolak sebarang bentuk keterlibatan tidak langsung dalam konflik ketenteraan yang sedang berlaku di Asia Barat.
MAPIM berpandangan bahawa dalam situasi geopolitik semasa, di mana Amerika Syarikat terlibat secara aktif dalam konflik bersama Israel, termasuk serangan terhadap Iran dan sokongan berterusan terhadap tindakan agresif di Gaza dan Tebing Barat, Malaysia tidak boleh dilihat sebagai pihak yang memberi ruang logistik kepada kekuatan ketenteraan tersebut.
Membenarkan kapal perang berlabuh walaupun atas alasan teknikal atau diplomatik boleh ditafsir sebagai satu bentuk legitimasi terhadap operasi ketenteraan yang telah mengorbankan ribuan nyawa awam, termasuk wanita dan kanak kanak.
Sehubungan itu, MAPIM menegaskan:
Malaysia mesti kekal tegas mempertahankan prinsip berkecuali berprinsip, tanpa memberi ruang kepada mana mana kuasa besar menggunakan wilayah negara untuk kepentingan ketenteraan mereka.
Semua perjanjian pertahanan, keselamatan dan kerjasama strategik dengan Amerika Syarikat perlu disemak semula secara menyeluruh
Sebarang bentuk kerjasama yang berpotensi mengaitkan Malaysia dengan konflik atau operasi ketenteraan luar perlu dihentikan
Malaysia harus memperkukuh dasar luar yang bebas dan berdaulat, selaras dengan prinsip keamanan dan keadilan sejagat.
MAPIM juga menggesa agar keputusan ini dijadikan titik permulaan kepada penilaian semula yang lebih luas terhadap hubungan strategik Malaysia dengan kuasa kuasa besar, agar ia benar benar mencerminkan kepentingan nasional serta nilai kemanusiaan yang kita junjung.
Dalam masa yang sama, MAPIM menyeru negara negara lain di rantau ini untuk mengambil pendirian yang sama, bagi mengelakkan Asia Tenggara daripada menjadi pangkalan sokongan kepada konflik yang tidak membawa keamanan.
Keamanan tidak akan tercapai melalui kekuatan senjata semata mata, tetapi melalui keadilan, diplomasi dan penghormatan terhadap kedaulatan negara.
Malaysia telah mengambil satu langkah berani. Langkah ini wajar dipertahankan dan diperluaskan.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

