“THE WORLD MUST ACT – DEFY ISRAEL’S IRONCLAD VIOLATION OF INTERNATIONAL LAW”MADLEEN 2.0 & HUNDREDS MORE MUST SAIL TO BREAK THE SIEGE ON GAZA
June 10, 2025Saintis Muslim Perlu Berperanan Aktif Membangun Semula Tamadun Madani”Bengkel Pra Persidangan Saintis Muslim Serantau
June 12, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
……………………………………..
Kenyataan Rasmi
12 hb Jun 2025
NORMALISASI DENGAN ISRAEL DIKALA GENOSID PALESTIN TERUS BERLAKU ADALAH PENGKHIANATAN TERANG-TERANGAN TERHADAP UMMAH
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan mana-mana negara Islam dan Arab yang sedang atau bersedia untuk menormalkan hubungan diplomatik, ekonomi dan ketenteraan dengan rejim penjajah Zionis Israel, ketika rakyat Palestin sedang berhadapan dengan genosid yang dahsyat dan tidak berperikemanusiaan.
- Palestin Diambang Pemusnahan – Dunia Wajib Bersolidariti
Dalam keadaan:
Hampir 60 000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dalam serangan ganas Israel sejak Oktober 2023;
● Ratusan ribu rakyat di Gaza tercedera, kehilangan tempat tinggal dan hidup dalam kelaparan melampau;
●Institusi awam, masjid, sekolah dan hospital musnah;
●Masjid Al-Aqsa terus dicemari dan ditawan secara sistematik;
Adalah tidak masuk akal dan tidak bermaruah apabila ada negara Islam dan Arab yang bersedia mengiktiraf dan membuka hubungan rasmi dengan rejim Zionis Israel.
- Normalisasi Adalah Pengkhianatan Terhadap Palestin dan Umat Islam
MAPIM menegaskan bahawa sebarang bentuk normalisasi:
●Memberi legitimasi kepada entiti penjajah haram yang merampas bumi Palestin dan mencemari Masjid Al-Aqsa;
●Melemahkan kesatuan dan solidariti dunia Islam terhadap isu Palestin;
●Meruntuhkan asas prinsip perjuangan kemerdekaan Palestin yang diperjuangkan selama lebih 75 tahun;
●Menjadi alat penjajahan baru yang menggugat kestabilan dunia Islam dari dalam.
- Kami Menolak Abraham Accords dan Semua Bentuk Kerjasama Dengan Zionis MAPIM dengan ini menyatakan :
- Penolakan sepenuhnya terhadap Perjanjian Abraham (Abraham Accords) yang ditandatangani oleh UAE, Bahrain, Sudan dan Maghribi bersama Israel.
- Kekecewaan terhadap usaha Arab Saudi dan beberapa negara lain yang mula menjalin hubungan strategik secara tidak rasmi dengan Israel.
- Kebimbangan bahawa kepentingan politik dan ekonomi jangka pendek dijadikan alasan menggadai perjuangan Palestin.
- MAPIM Menyeru Ummah Sedunia: Tolak Normalisasi, Bangkitkan Kesedaran
●Kami menyeru seluruh umat Islam:
●Menolak secara terbuka segala bentuk hubungan dengan rejim Zionis;
●Meningkatkan kempen kesedaran di peringkat akar umbi tentang bahaya normalisasi;
●Mendesak pemimpin negara masing-masing agar menghentikan sebarang perjanjian rahsia atau terbuka dengan Israel;
●Menghidupkan kembali gerakan solidariti rakyat global untuk Palestin – dari masjid, universiti, pasar, hingga parlimen.
- Pembebasan Palestin Adalah Amanah Akidah dan Maruah Uma
MAPIM menegaskan bahawa pembebasan Palestin, khususnya Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, bukan isu politik semata-mata, tetapi amanah akidah, sejarah, dan maruah umat Islam.
Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka…”
(Surah Hud: Ayat 113)
- Tindakan Susulan MAPIM MAPIM akan :
●Mengadakan Sidang Solidariti Umat untuk Menolak Normalisasi dalam masa terdekat;
●Menggerakkan kempen antarabangsa bersama NGO dan jaringan ulama dunia;
●Meningkatkan tekanan ke atas OIC dan Liga Arab agar mengambil pendirian tegas terhadap negara-negara yang normalisasi dengan Israel.
MAPIM menegaskan: Tiada Pembebasan Tanpa Penolakan Normalisasi!
Kami Berdiri Bersama Palestin – Hingga Al-Quds Dibebaskan!
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
.