MAPIM SOKONG MALAYSIA BERTEGAS: KAPAL PERANG AS TIDAK DIBENAR BERLABUH, PERJANJIAN PERLU DISEMAK SEMULA
March 19, 2026MAPIM IN FULL SUPPORT OF IRANIAN PRESIDENT’S EID AL FITRI MESSAGE OF MUSLIM UNITY AND REGIONAL PEACE
March 22, 2026Kenyataan Media Bersama
MAPIM – MANAR – SHURA
1 Syawal 1447
21 Mac 2026
Ramadhan dan Eid yang Dihalang – Sebuah Pengkhianatan terhadap Kesucian Ummah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ
Dalam suasana Ramadhan yang sepatutnya dipenuhi rahmat, ibadah dan ketenangan, umat Islam dikejutkan dengan satu penghinaan besar terhadap agama apabila Masjid Al-Aqsa ditutup dan dihalang daripada dimakmurkan oleh umat Islam.
Lebih menyayat hati, sekatan ini berlarutan hingga menjelang Aidilfitri, menyebabkan umat Islam:
●dihalang menunaikan solat
●dipaksa beribadah di jalanan
●dinafikan hak untuk mengimarahkan qiblat pertama
Ini bukan sekadar sekatan keselamatan. Ini adalah serangan terhadap maruah, akidah dan hak beragama umat Islam seluruh dunia.
Lantaran itu seruan Jihad Fisabilillah dari Masjid Al Aqsa dikumandangkan. Umat Islam tidak ada pilihan. Seruan jihad adalah panggilan oleh seluruh ulama sedunia baik Sunni mahupun Shiah.
Dengan yang demikian umat Islam perlu mengembleng seluruh kekuatan untuk melancarkan jihad dalam semua arah oleh negara -negara Islam – militari , ekonomi , politik , sanksi dan tekanan antarabangsa .
Satu Realiti yang Tidak Boleh Dinafikan
Apa yang berlaku hari ini menunjukkan:
●Zionis Israel semakin berani mencabar kesucian Al-Aqsa
●status quo Masjid Al-Aqsa sedang diubah secara sistematik
●agenda penguasaan penuh semakin jelas dan terbuka
●Ramadhan dan Eid telah dijadikan medan penindasan, bukan lagi ruang ibadah.
Seruan Kepada Umat:
Bangkit dari Kelalaian
Kami menyeru umat Islam di seluruh dunia:
●Bangkit dari tidur yang panjang.
●Jangan lagi melihat isu Al-Aqsa sebagai isu jauh atau terpisah.
*Apa yang berlaku di Al-Aqsa adalah :
●cerminan kelemahan umat
●ujian kepada kesatuan kita
●amanah yang sedang dipertanggungjawabkan ke atas kita semua
Jika hari ini kita diam,
esok kita akan menyaksikan lebih banyak pencabulan terhadap tempat suci Islam.
Penegasan dan Kecaman
Kami dengan tegas menyatakan:
●Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Zionis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang umat Islam beribadah
●Menolak alasan “keselamatan” yang dijadikan justifikasi kepada penindasan sistematik
●Menegaskan bahawa tindakan ini adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan kebebasan beragama
●Mengecam sikap diam dan gagal bertindak oleh sebahagian negara dan institusi dunia Islam
Isu ini tidak boleh dinormalisasikan.
Ia tidak boleh dibiarkan berlalu tanpa tindakan.
Tanggungjawab Umat dan Kepimpinan
Kami menyeru:
●Pemimpin Negara Islam
mengambil pendirian tegas dan bersatu
menggerakkan tekanan diplomatik dan strategik
●tidak lagi sekadar mengeluarkan kenyataan tanpa tindakan
Ulama dan Cendekiawan
●memperjelas kedudukan Al-Aqsa dalam akidah umat
●membangkitkan kesedaran secara berterusan
menyatukan umat di atas prinsip kebenaran
Masyarakat Sivil dan Umat Islam
●memperkukuh solidariti global
●menyebarkan kesedaran
menyokong usaha kemanusiaan dan advokasi
Seruan Moral dan Tanggungjawab Iman
Masjid Al-Aqsa bukan milik rakyat Palestin sahaja.
Ia adalah amanah seluruh umat Islam.
Kita mungkin tidak berada di sana,
tetapi kita bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di sana.
Penutup
Sejarah tidak akan menilai siapa yang tahu,tetapi siapa yang bertindak.
Hari ini Al-Aqsa memanggil.
Persoalannya :
Adakah umat akan terus tidur, atau bangkit mempertahankan maruahnya?
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM )
Presiden Global Coalition in Support of Al Quds and Palestine , Malaysia .
Datuk Seri Syekh Ahmad Awang
Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Pertahankan Al Aqsa ( MANAR )
Dato Wir Syekh Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi Sekretariat Himunan Ulama Rantau Asia ( SHURA )

