MAPIM Kecam Alasan Amerika Syarikat Sokong Sekatan Total Israel Ke Atas Gaza: Dasar Yang Kejam dan Jahat
May 1, 2025GLOBAL MOSQUES, RISE UP!OVER 1,000 MOSQUES IN GAZA DESTROYED BY ISRAEL — WILL THE UMMAH REMAIN SILENT?
May 1, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
Siaran Media
1 Mei 2025
MASJID SEDUNIA BANGKITLAH!!
TAK MUNGKIN 1000 MASJID DI GAZA DIBOM ISRAEL DAN UMAT ISLAM TERUS BERDIAM DIRI!
Seruan Kecemasan dari MAPIM dan MANAR – Gabungan Masjid Sedunia Membela Al-Aqsa
Umat Islam di seluruh dunia wajib bangkit dengan segera! Laporan terkini mendedahkan bahawa lebih 1,000 buah masjid telah dimusnahkan oleh rejim Zionis Israel sejak serangan brutal mereka ke atas Semenanjung Gaza bermula pada 7 Oktober 2023.
Terbaru, Masjid Al-Faraj di kem pelarian Nuseirat telah dibom secara total oleh pesawat tempur Israel, mengakibatkan ramai rakyat Palestin cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak. Kesemua mangsa kini dirawat di Hospital Al-Awda.
Menurut Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Gaza, setakat Februari lalu, 1,109 daripada 1,244 masjid telah dimusnahkan sepenuhnya atau sebahagiannya. Ini termasuk juga gereja-gereja yang disasarkan secara sengaja. Serangan ini jelas bertujuan untuk menghancurkan identiti keagamaan, rohani, dan sosial umat Palestin.
Sejak Oktober 2023, lebih 60,000 rakyat Palestin dibunuh, majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak. Serangan berterusan Israel malah mencabuli genjatan senjata yang dipersetujui pada Januari lalu. Malah, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan kemanusiaan — namun kekejaman terus berlaku.
Apakah masjid di seluruh dunia akan terus berdiam diri? Apakah umat ini rela menyaksikan rumah-rumah Allah dihancurkan tanpa pembelaan?
Kami menyeru MASJID DI SELURUH DUNIA UNTUK BANGKIT DAN BERTINDAK SEKARANG!
TINDAKAN YANG DISERU:
- Kibarkan panji Palestin dan gantung kain rentang “Selamatkan Gaza” di semua masjid.
- Adakan Qunut Nazilah dan bacaan doa khas setiap solat berjemaah.
- Umumkan Hari Jumaat sebagai “Yaum al-Ghadab” (Hari Kemarahan Ummah) – seluruh dunia.
- Giatkan khutbah, ceramah dan kuliah khas membela Gaza dan menjelaskan jenayah Israel.
- Tuntut tindakan tegas dari OIC, Liga Arab dan semua kerajaan Islam — bukan sekadar kenyataan retorik.
- Lancar kempen derma, bantuan kecemasan dan penyebaran maklumat dari setiap masjid.
Masjid adalah pusat kekuatan umat. Ia bukan hanya tempat ibadah — ia benteng pertahanan maruah Islam.
Jika lebih 1,000 masjid dibom, maka sejuta masjid lain mesti bangkit untuk membalas dengan suara, doa, dan tindakan!
HENTIKAN SEKATAN. HENTIKAN PEMBUNUHAN. BEBASKAN GAZA.
MASJID-MASJID SELURUH DUNIA — BERSATULAH!
ALLAHU AKBAR!
Mohd Azmi Abdul Hamid
Datuk Seri Syekh Ahmad Awang
Dato Wira Syekh Abdul Ghani Samsudin
MAPIM | MANAR – Gabungan Masjid Sedunia Membela Al-Aqsa

