MAPIM CALLS ON CHINA TO PRESSURE ISRAEL – ACT NOW!
May 15, 2025TRUMP’S VISIT TO ARAB COUNTRIES — A BETRAYAL OF GAZA AND THE UMMAH
May 17, 2025Kenyataan Media
15 Mei 2025
MAPIM MENDESAK CHINA TEKAN ISRAEL – BERTINDAK SEKARANG!
“China Mesti Gunakan Pengaruh Globalnya untuk Menamatkan Kepungan Gaza dan Menghentikan Genosid”
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyambut baik kenyataan rasmi China yang menggesa Israel untuk mengangkat kepungan ke atas Gaza dan menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan “tidak boleh dijadikan senjata”.
Namun, MAPIM menyeru agar China tidak hanya berhenti pada kenyataan diplomatik semata-mata, tetapi segera menggunakan pengaruh ekonomi, politik dan strategiknya terhadap Israel serta sekutu-sekutunya, khususnya Amerika Syarikat, yang secara terang-terangan melindungi jenayah rejim Zionis.
Kami menyokong penuh pendirian China yang menolak rancangan Amerika Syarikat untuk mengawal dan menyekat pengagihan bantuan ke Gaza. Tindakan itu adalah hipokrit, mempolitikkan bantuan dan memperkukuh cengkaman Israel terhadap rakyat Palestin yang sedang mengalami kelaparan dan pembunuhan beramai-ramai.
MAPIM menegaskan:
- China mesti menggunakan kuasa vetonya di Majlis Keselamatan PBB untuk menghalang sebarang resolusi pro-Israel dan mendesak gencatan senjata segera.
- China wajar menggantung hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Israel jika rejim itu terus melanggar undang-undang antarabangsa.
- Negara-negara Global Selatan dan anggota BRICS mesti bersatu menolak dominasi unilateral AS dan menyokong kemerdekaan Palestin.
MAPIM mengajak seluruh negara membangun dan negara Islam untuk mendesak China agar bertindak sebagai pemimpin moral dunia, bukan sekadar kuasa ekonomi. Gaza sedang menghadapi pembantaian abad ini – diam ertinya bersubahat.
BERTINDAK SEKARANG – GAZA TIDAK BOLEH MENUNGGU LAGI.
Dikeluarkan oleh:
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, MAPIM
www.mapim.org.my

