MAPIM REAFFIRMS CALL FOR INTERNATIONAL MILITARY INTERVENTION TO STOP ISRAEL’S GENOCIDE IN GAZA – CEASEFIRE NEGOTIATIONS NO LONGER VIABLE
May 20, 2025No Time to Wait: Muslim and Asian Powers Must Act Now to Stop Gaza Genocide
May 21, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
KENYATAAN MEDIA
20 Mei 2025
Kuala Lumpur
MAPIM DENGAN KERJASAMA IEASCO LANCAR KEMPEN DANA UNTUK BINA PUSAT PENDIDIKAN BAGI 1,000 ANAK YATIM DI GAZA
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), dengan kerjasama strategik International Education and Scientific Cultural Organization (IEASCO), melancarkan kempen kutipan dana kemanusiaan bagi membina sebuah Pusat Pendidikan dan Pemulihan khas untuk 1,000 anak yatim mangsa perang di Gaza.
Inisiatif ini adalah reaksi langsung terhadap kesan kemusnahan akibat serangan berterusan Israel yang telah mengorbankan ribuan nyawa dan menjadikan puluhan ribu kanak-kanak kehilangan ibu bapa, tempat tinggal dan masa depan. MAPIM dan IEASCO berpegang bahawa pendidikan adalah talian hayat harapan dan pemulihan buat generasi akan datang di Gaza.
MAPIM mengundang penyertaan dari Ngo , syarikat korporat dan dermawan untuk menjayakan projek ini.
Objektif Utama Projek:
●Pembinaan kompleks pendidikan asas lengkap dengan bilik darjah, dan kemudahan sokongan psikososial.
●Penyediaan pendidikan holistik termasuk pembelajaran al-Quran, pendidikan formal dan pemulihan trauma.
●Pemberdayaan pendidik tempatan dan penjaga melalui latihan kemahiran di pusat tersebut.
Anggaran Kos Projek: USD 170,000 = +/- Rm 700,000
Sasaran Kutipan Fasa Pertama: Rm 500,000
Kenyataan Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid:
“Kita tidak boleh membiarkan anak-anak Gaza menjadi mangsa dua kali — pertama oleh perang, dan kedua oleh pengabaian. Pusat ini bukan sekadar sekolah; ia adalah tempat perlindungan, pemulihan dan pentarbiyahan pemimpin masa depan.”
Jadual perlaksanaan projek ini adalah :
■Pengumpulan Dana : Mei hingga Julai 2025
■Mendirikan 6 Khemah sementara : Jun 2025
■Pembina Infrastruktur Pusat : Julai – September 2025
■Pendaftaran 1000 anak Yatim : Julai 2025
■Permulaan pengajian : September 2025
Seruan Sumbangan:
MAPIM menyeru orang ramai, pihak korporat, NGO dan rakan antarabangsa untuk tampil menyumbang kepada usaha mulia ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui portal rasmi MAPIM di Akaun Majlis Perundingan Pertubuhan Ismail Malaysian CIMB 8604556678
Marilah kita bina harapan di tempat yang paling memerlukannya — dalam hati anak-anak Gaza.
Untuk pertanyaan media dan kerjasama:
Telefon Khairon :
+60 19-920 0559

