THE WORLD MUST JOIN THE MADLEEN FREEDOM FLOTILLA COALITION BY THE THOUSANDS – ISRAEL MUST FACE THE WORLD NOW
June 4, 2025MAPIM REAFFIRMS: ASEAN MUST NOT BECOME A BATTLEFIELD
June 5, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
KENYATAAN MEDIA
4hb Jun 2025
MAPIM MENEGASKAN: ELAK RANTAU ASEAN MENJADI MEDAN PERANG
Thailand Sedia Perang dengan Kemboja – Satu Amaran Serius Kepada Rantau Ini
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memandang serius kenyataan dan isyarat provokatif yang menyatakan kesediaan Thailand untuk berperang dengan Kemboja, yang kini tular di media.
Perkembangan ini bukan sahaja membimbangkan, malah memberi isyarat bahaya kepada kestabilan serantau ASEAN, yang selama ini dibina atas prinsip keamanan, kerjasama, dan dialog.
MAPIM menegaskan bahawa rantau ASEAN tidak boleh dijadikan medan perang baru, lebih-lebih lagi ketika dunia sedang bergelut dengan pelbagai konflik seperti di Palestin, Ukraine, dan Sudan. Sebarang tindakan militeristik oleh mana-mana negara ASEAN adalah pengkhianatan terhadap semangat ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN).
Kami mengingatkan bahawa :
● ASEAN ditubuhkan atas prinsip penyelesaian damai, bukan konflik bersenjata.
● Rakyat di rantau ini berhak untuk hidup dalam suasana stabil, aman, dan sejahtera.
● Perang antara negara jiran hanya akan membawa penderitaan kepada rakyat, kerosakan ekonomi, pelarian, dan ketidaktentuan geopolitik yang luas.
MAPIM menggesa pemimpin ASEAN bertindak segera:
- Mendesak Thailand dan Kemboja untuk menahan diri dan kembali ke meja rundingan.
- Mengaktifkan mekanisme penyelesaian konflik ASEAN melalui pendekatan diplomatik dan dialog berkesan.
- Memastikan tiada kuasa luar campur tangan yang boleh memperburuk keadaan dan menjadikan ASEAN sebagai alat geopolitik kuasa besar.
MAPIM juga menyeru masyarakat madani, ulama, dan gerakan rakyat di ASEAN untuk bersatu menolak perang dan menuntut penyelesaian damai. Rantau ini tidak boleh dibiarkan menjadi mangsa kepada kerakusan kuasa, ego politik, dan eksploitasi oleh pihak berkepentingan.
Keamanan ASEAN adalah tanggungjawab bersama. Jangan biarkan ketamakan segelintir meruntuhkan harapan jutaan rakyat.
Dikeluarkan oleh:
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

