MALAYSIA’S FOREIGN POLICY MUST REFLECT ITS MORAL COMMITMENT TO PALESTINE AND DENOUNCE U.S. COMPLICITY IN ISRAEL’S GENOCIDE
July 13, 2025Bank Negara Malaysia sendiri mengaku wang dicipta daripada hutang! Patutlah tidak pernah rugi kerana rakyat yang tanggung akibatnya…
July 25, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
Kenyataan Media 12 hb Julai 2025
MAYAT PUN TIDAK TERLEPAS DARI KEGANASAN GENOSID ISRAEL – MAPIM KECAM KERAS PERBUATAN MENCEROBOH DAN MENGGALI KUBUR DI GAZA*
KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam sekeras-kerasnya jenayah biadab terbaharu oleh tentera penjajah Zionis Israel yang telah menceroboh dan merosakkan tanah perkuburan Turki di barat Khan Younis, Gaza, pada 10 Julai 2025.
Dalam insiden mengerikan yang mencabar nilai kemanusiaan, tentera Israel, dengan menggunakan jentera berat telah menggali kubur, mencemarkan pusara, dan mencuri mayat-mayat para syuhada serta orang mati Palestin. Ini merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap kesucian jenazah dan satu bentuk jenayah perang yang melampaui batas tamadun dan agama.
Kejadian ini berlaku serentak dengan penggempuran kem-kem pelarian berhampiran tanah perkuburan tersebut, menyebabkan ratusan keluarga yang berlindung terpaksa melarikan diri sekali lagi. Insiden ini memperlihatkan kesinambungan strategi genosid sistematik Israel, yang mendapat sokongan penuh Amerika Syarikat.
MAPIM memberi perhatian berat perkara berikut:
- Pencerobohan dan pencabulan tanah perkuburan adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Geneva, hukum Islam, dan prinsip kemanusiaan sejagat.
- Tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha menghapuskan identiti, sejarah dan maruah rakyat Palestin – bukan sekadar membunuh yang hidup, tetapi kini turut menghina yang telah mati.
- Pencurian mayat adalah jenayah perang yang keji dan tidak dapat diterima oleh mana-mana agama atau sistem nilai.
- Laporan menunjukkan 40 daripada 60 tanah perkuburan di Gaza telah dimusnahkan secara sebahagian atau keseluruhan sejak perang genosid ini bermula. MAPIM Menuntut:
- Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) dan Perhimpunan Agung PBB mengambil tindakan segera dengan menyiasat dan mengecam jenayah terbaru ini.
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat kes penggalian dan pencurian mayat sebagai sebahagian daripada dakwaan jenayah perang dan genosid.
- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan kerajaan-kerajaan Islam memanggil sidang tergempar dan mengeluarkan kenyataan rasmi kecaman.
- Sekatan serta boikot total ke atas Israel serta Amerika Syarikat sebagai negara penaja utama kezaliman ini.
Genosid tidak hanya berlaku dengan bom dan peluru. Ia berlaku apabila kubur digali, jenazah dikhianati, dan sejarah dihapuskan.
MAPIM berdiri teguh bersama rakyat Gaza. Kami tidak akan berdiam diri. Kami tidak akan melupakan.
Dikeluarkan oleh:
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, MAPIM
📍 Kuala Lumpur | 12 Julai 2025

