MAYAT PUN TIDAK TERLEPAS DARI KEGANASAN GENOSID ISRAEL
July 13, 2025CEASEFIRE AGREED UNDER MALAYSIA’S MEDIATION — THE ASEAN SPIRIT OF UNITY WELCOMED
July 28, 2025MALAYSIAN CONSULTATIVE COUNCIL OF ISLAMIC ORGANIZATIONS President’s Office , Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor , Malaysia azmiabdulhamid58@gmail.com
…………………………………………
Bank Negara Malaysia sendiri mengaku wang dicipta daripada hutang! Patutlah tidak pernah rugi kerana rakyat yang tanggung akibatnya…
Kenyataan Media Rasmi MAPIM
Pada 16 Julai 2025, Bank Negara Malaysia telah mengadakan Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara Malaysia yang bertempat di Bangkok Thailand.
Muzakarah tersebut bertujuan bagi membincangkan fundamental sistem kewangan seperti asal usulnya dan cara beroperasi iaitu dalam ekonomi moden.
Hasil muzakarah tersebut ialah Bank Negara Malaysia sendiri mengaku penciptaan duit bukanlah melalui pendeposit penyimpan wang tetapi sebaliknya adalah melalui pinjaman.
Dengan lain kata, apabila setiap bank memberikan apa pun jenis pinjaman maka wang baharu akan dicipta.
MAPIM mendapati perkara sebegini perlu diberikan perhatian yang amat penuh kerana perkara sebegini langsung tidak diajarkan kepada murid-murid sekolah dan mahasiswa serta mahasiswi di institusi-institusi pendidikan tinggi.
Tambahan pula, mereka diajar bahawa setiap bank menggunakan duit penyimpan itu sendiri dalam memberikan sebarang pinjaman tetapi hakikat sebenar ialah bersifat sebaliknya.
Tidak hairanlah masalah hutang isi rumah akan semakin bertambah pada setiap tahun dan jelas berada di tahap yang sangat membimbangkan.
Ini adalah kesan daripada semakin banyak wang dicipta melalui hutang yang membawa kepada lebih banyak peredaran wang dalam pasaran dan sekaligus membawa kepada penurunan nilai matawang itu sendiri.
Proses sebeginilah yang menyumbang kepada berlakunya kenaikan harga yang tidak masuk akal seperti perumahan, kenderaan, barangan asas serta kenaikan kos sara hidup secara mendadak.
Perkara sebegini jelas membuktikan Firman Allah yang menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba dalam Surah Baqarah ayat 275.
Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyatakan perkara yang benar mengenai setiap bank tidak pernah rugi tetapi sebaliknya rakyat yang rugi dalam Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kredit Pengawalan di Parlimen baru-baru ini.
Ini kerana MAPIM mendapati bahawa semakin rakyat yang sudah terikat dengan hutang yang tidak berkesudahan dan kemudian pula terdedah kepada pinjaman berbentuk Buy Now Pay Later (BNPL).
Sudah tentu hutang sebegini membuatkan setiap bank sentiasa mengaut keuntungan yang amat banyak tanpa rugi tetapi di atas penderitaan rakyat itu sendiri.
Yang lagi menghairankan ialah individu yang jenis tanpa henti bayar kad kredit tepat pada masanya tanpa apa pun tambahan pula dilabel pelanggan tidak berguna dan sistem kewangan sebegini seolah-olah menghukum peminjam yang bertanggungjawab pula.
Namun demikian, sistem sebegini juga bersifat makan diri kerana berpotensi membawa kepada krisis kewangan yang amat dahsyat akibat hutang secara berlebihan seperti mana berlakunya krisis-krisis kewangan sebelum ini termasuklah Perumahan Subprima 2008.
Oleh sebab itu, MAPIM memuji tindakan kerajaan Madani yang menggalakkan muzakarah mengenai isu bagaimana wang dicipta tetapi tetap menggesa penghapusan hutang (debt jubilee) dilakukan secara berperingkat bagi menyelamatkan keadaan ekonomi negara ini.
Kaedah sebegini perlu diikuti dengan pengembalian semula sistem kewangan bersifat ekuiti iaitu susah senang bersama-sama seperti mana yang diajarkan oleh Al Quran dan Sunnah serta tidak bermain retorik.
Ini termasuklah dengan melakukan pemantauan secara keseluruhan terhadap harga perumahan, kenderaan dan barangan keperluan serta kos sara hidup rakyat itu sendiri.
MAPIM juga menyambut baik kata-kata Ahli Parlimen Sri Gading Tuan Aminolhuda Hassan mengenai segala produk kewangan yang menyalahgunakan nama Islamik akan dikenakan tindakan amat tegas.
Perkara sebegini amat perlu dilaksanakan bagi mengurangkan penyalahgunaan nama Islamik yang sering digunakan oleh mana mana institusi kewangan yang tidak bertanggungjawab.
Sesungguhnya ekonomi negara ini perlulah dijaga dengan teliti kerana kita tidak mahu mewarisi hutang yang tidak berkesudahan kepada setiap generasi akan datang.
Setiap Ahli Parlimen janganlah bersifat ‘sudah terhantuk barulah tengadah’ kerana MAPIM tidak mahu bila krisis kewangan berlaku barulah nak bertindak secara proaktif tetapi sudah terlalu lambat untuk bertindak sedemikian.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

