*Heinous Crime Repeated – The. World is still ActionlessOn the Massacre at Nasser Medical Complex, Gaza
August 27, 2025MAPIM MOBILIZING HUMANITARIAN ASSISTANCE TO VICTIMS OF FLOOD IN PAKISTANA CALL TO MALAYSIANS AND PAKISTANIS RESIDING IN MALAYSIA TO RENDER IMMEDIATE SUPPORT
August 31, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
KENYATAAN MEDIA
30 Ogos 2025
MAPIM PRIHATIN KRISIS DI INDONESIA – BERHARAP KEPIMPINAN PEMERINTAH DAN ORMAS DAPAT MENCARI PENYELESAIAN TUNTAS
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyatakan rasa prihatin yang mendalam terhadap perkembangan krisis yang sedang berlaku di Indonesia. Situasi yang meruncing ini bukan sahaja menimbulkan keresahan di kalangan rakyat Indonesia, malah memberi kesan kepada kestabilan dan keharmonian rantau ini secara keseluruhannya.
MAPIM yakin bahawa Indonesia sebagai negara umat Islam terbesar dengan kepelbagaian etnik, agama, dan budaya mempunyai keupayaan untuk menangani sebarang cabaran, selagi kepimpinan pemerintah dan seluruh kekuatan masyarakat madani (ormas) dapat bertindak dengan bijaksana, berjiwa besar dan berorientasi penyelesaian.
Kami berpendirian bahawa:
- Kepentingan rakyat mesti diutamakan – segala bentuk tindakan politik atau keputusan pemerintah hendaklah memastikan hak dan kebajikan rakyat terbanyak tidak terpinggir.
- Peranan ormas dan masyarakat sivil adalah penting – ormas Islam khususnya harus tampil sebagai jambatan perundingan, bukan sekadar menjadi pemerhati.
- Penyelesaian tuntas memerlukan dialog dan musyawarah nasional – mengelakkan ketegangan yang boleh mencetuskan keganasan atau perpecahan sosial.
- Rantau ASEAN perlu menunjukkan solidariti – kerana kestabilan Indonesia akan menjamin keamanan serantau.
MAPIM menyeru pemerintah Indonesia agar membuka ruang seluasnya untuk proses perdamaian yang adil dan inklusif, sementara pihak ormas perlu mengangkat nilai maslahat umat dan negara sebagai keutamaan.
Kami percaya dengan semangat ukhuwah Islamiyah, kebijaksanaan pemimpin, dan kesungguhan rakyat Indonesia, krisis ini dapat diatasi dengan penyelesaian yang berkeadilan, lestari, dan memberi masa depan yang lebih baik untuk seluruh warganya.
“Bersatu hati, membangun bangsa – inilah jalan keluar.”
Sekian.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
30 Ogos 2025

