MAPIM and iReach ( International Relief and Humanitarian Outreach ) Despatch Emergency Response Team to Assist Victims of Typhoon Tino, Super Typhoon Uwan, and Earthquake Destruction in Cebu
November 10, 2025Tragedi Bot Karam Pelarian Rohingya — Hidup Mati di Laut: ASEAN Harus Segera Menamatkan Krisis Kemanusiaan di Myanmar
November 10, 2025KENYATAAN MEDIA
MAPIM dan iReach (International Relief and Humanitarian Outreach) Hantar Pasukan Tindak Balas Kecemasan Bantu Mangsa Taufan Tino, Super Taufan Uwan dan Gempa Bumi di Cebu
Tarikh: 11 November 2025
Kuala Lumpur
Dikeluarkan oleh: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama iReach Humanitarian Network telah menghantar pasukan tindak balas kecemasan (emergency response team) ke Cebu, Filipina, susulan kemusnahan besar yang berlaku akibat Taufan Tino, Super Taufan Uwan, dan gempa bumi yang melanda wilayah tersebut baru-baru ini.
Gabungan bencana ini telah menyebabkan kemusnahan besar, ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal, rumah musnah, serta kerosakan infrastruktur yang teruk. MAPIM dan iReach telah menggerakkan pasukan pelbagai sektor yang terdiri daripada sukarelawan perubatan, anggota logistik dan pegawai bantuan kemanusiaan bagi menyalurkan bantuan segera kepada komuniti yang terjejas.
Objektif Misi Kecemasan:
- Menjalankan penilaian kemanusiaan segera di kawasan terjejas di Cebu dan sekitarnya.
- Menyalurkan bantuan asas – makanan, air bersih, bahan perlindungan sementara dan bantuan perubatan.
- Menyediakan sokongan psikososial kepada mangsa, khususnya kanak-kanak dan wanita yang mengalami trauma.
- Menjalin koordinasi bersama pihak berkuasa tempatan, Palang Merah Filipina, dan rakan kemanusiaan bagi memastikan operasi bantuan berjalan lancar, telus dan berkesan.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, menyatakan bahawa penghantaran pasukan ini mencerminkan semangat solidariti Malaysia bersama rakyat Filipina dalam menghadapi krisis:
“Kami berdiri bersama saudara-saudara kami di Cebu yang sedang menghadapi penderitaan yang amat berat. Tanggungjawab kemanusiaan melangkaui sempadan negara – apabila nyawa terancam, solidariti mesti diterjemahkan dalam tindakan segera.”
Pasukan MAPIM–iReach akan beroperasi dari Cebu City sebagai pusat penyelarasan bagi pengagihan bantuan dan penilaian lapangan.
Seruan Bantuan:
MAPIM menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada Tabung Kecemasan MAPIM (MAPIM Emergency Relief Fund) bagi menampung operasi bantuan yang sedang dijalankan di Filipina. Sumbangan boleh disalur melalui:
Akaun iReach :
5530 3858 5368
Maybank
Atau
Akaun MAPIM
CIMB 8604556678
MAPIM merakamkan penghargaan kepada semua rakan kerjasama, sukarelawan dan penyokong yang terus berdiri bersama kemanusiaan dalam menghadapi bencana.
Bersama, kita membina semula kehidupan, memulihkan harapan, dan memperteguh komitmen kita terhadap belas ihsan tanpa batas sempadan.
MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

