MAPIM: INDIA MIRRORS ISRAEL’S OCCUPATION AGENDA — GLOBAL SILENCE IS COMPLICITY
May 4, 2025MAPIM STRONGLY CONDEMNS ISRAELI INVASION, URGES UN AND OIC TO ACT IMMEDIATELY
May 4, 2025Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations) – MAPIM
Space U8 , Eco Mall , Bukit Jelutong , Shah Alam , Selangor Malaysia
azmiabdulhamid58@gmail.com
………………………………………
4hb Mei 2025
Israel panggil puluhan ribu askar simpanan, luaskan serangan di Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam dan terancang rejim Zionis Israel yang telah memobilisasi puluhan ribu askar simpanan untuk menggempur Gaza dari pelbagai penjuru. Serangan besar-besaran ini berlaku ketika Gaza sedang lumpuh dengan hospital-hospital kehabisan bahan api, bekalan makanan disekat, dan lebih dua juta penduduk berada dalam kepungan tanpa perlindungan.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza telah memberi amaran bahawa baki bahan api hospital hanya cukup untuk 3 hari sahaja. Penyekatan laluan bantuan dan penghalangan agensi antarabangsa daripada menghantar bekalan ke zon-zon kritikal adalah jenayah perang yang terang-terangan, melanggar semua norma kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.
MAPIM menegaskan bahawa jika Gaza akan berdepan dengan kehadiran ribuan lagi tentera penjajah Israel, maka adalah wajar umat Islam yang berada paling hampir—terutamanya dari negara-negara jiran—melancarkan jihad fi sabilillah untuk mempertahankan saudara seagama mereka yang dizalimi. Serangan ini bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, tetapi terhadap seluruh maruah Ummah.
MAPIM dengan ini menuntut:
- PBB segera mengadakan sidang tergempar dan menghantar misi kemanusiaan serta pemantauan ke Gaza.
- OIC tidak lagi berselindung di sebalik retorik, sebaliknya melaksanakan tindakan konkrit termasuk tekanan politik, ekonomi dan ketenteraan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini.
- Negara-negara Islam, khususnya yang berjiran dengan Palestin, wajib mempertimbangkan intervensi langsung melalui semua bentuk bantuan termasuk ketenteraan jika perlu, demi menyelamatkan Gaza daripada genosid.
- Umat Islam di seluruh dunia digerakkan secara total – melalui doa, demonstrasi, derma dan desakan politik – agar tidak lagi membiarkan pembantaian ini diteruskan tanpa balasan.
- MAPIM dan rakan-rakan antarabangsa akan terus mempertingkat usaha bantuan kecemasan, kempen diplomatik dan mobilisasi massa di peringkat global.
“Apabila darah kanak-kanak terus ditumpahkan, dan rumah-rumah hancur bersama penghuninya, maka diam adalah pengkhianatan. Dunia tidak boleh terus menjadi penonton. Gaza bukan sekadar isu Palestin, ia adalah ujian terhadap kemanusiaan dan kesatuan umat Islam.”
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

